Friday, September 26, 2014

Awalnya SAUDI Antara Penyumbang Dana ISIS


isisbiladPenulis sekaligus penganalisis dari Britain, Robert Fisk, menyebut Arab Saudi sebagai iniasiator dan penyandang dana militan Iraq dan Syria yang kini berubah menjadi Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dalam artikelnya di akhbar Independent.

Dalam tulisannya, Fisk menyatakan “Saudi adalah negara yang pada awalnya membiayai milisi jihad tersebut melalui sumbangan dan dana amal (rakyatnya) akan tetapi kini pemerintah Saudi berdiri dalam barisan koalisi internasional pimpinan AS dalam kempen global terhadap ISIS.”

Menurutnya Arab Saudi sebenarnya mengalami dilema dalam memerangi ISIS, “Saudi memandang bahawa serangan ini adalah bentuk penguatan rejim Syiah bersama rejim Assad di Syria.”

Perlu diketahui bahwa banyak pihak telah memperingatkan bahawa serangan gabungan pimpinan Amerika yang mensasarkan ISIS akan menyebabkan dukungan yang meluas dari rakyat Syria terhadap ISIS dan pasukan revolusi Islam lainnya. (Rassd/Ram) sumber

Tuesday, September 23, 2014

PALESTIN: Konflik Israel Hamas perlu dirujuk ke ICC

GENEVA 23 Sept. - Dakwaan jenayah perang semasa konflik antara pergerakan Hamas dan Israel di Genting Gaza perlu dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda, kata Timbalan Pesuruhjaya bagi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
Flavia Pansieri ketika menyampaikan laporannya kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, di sini berkata, tentera Israel didawa melakukan jenayah perang dengan menjadikan orang awam dan kemudahan orang awam sebagai sasaran.
Laporan itu juga menimbulkan kebimbangan bahawa kumpulan bersenjata Palestin melanggar undang-undang perang dalam usahanya memerangi Israel dengan kumpulan seperti Hamas meletakkan objek-objek tentera di kawasan orang awam dan membunuh tali barut Israel. - DPA

Sumber

PM IRAQ tentang penggunaan tentera darat

BAGHDAD 23 Sept. - Perdana Menteri Iraq Haidar al-Abadi menentang penghantaran tentera darat asing di negara ini sebagai sebahagian usaha untuk memerangi kumpulan militan negara Islam (IS).
Dalam pertemuan dengan Menteri Pertahanan Australia, David Johnston di sini, Haidar mengesahkan `penolakan beliau terhadap campur tangan di darat di Iraq dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat beliau, semalam.
Amerika Syarikat dan Perancis telah melancarkan beberapa serangan udara ke atas kumpulan militan di Iraq, satu kempen yang mungkin diperluaskan di Syria, namun Amerika telah menghantar beratus-ratus tenteranya di Iraq bagi tujuan termasuk menasihat pasukan tentera Iraq. - AFP

Sumber

IRAQ: IS seru bunuh warga Barat

Gambar fail bertarikh 30 Jun merakamkan anggota militan IS mengibarkan bendera kumpulan itu dari atas kereta kebal semasa menyertai perarakan di Raqqa, Syria. - AGENSI
 
BAGHDAD 22 Sept. - Kumpulan militan Negara Islam (IS) menyeru penyokong-penyokongnya supaya membunuh warga Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara yang menyertai pakatan yang diketuai AS untuk memerangi IS.
Jurucakap kumpulan militan itu, Abu Mohammed al-Adani, dalam satu pesanan yang dikeluarkan dalam pelbagai bahasa menerusi internet, hari ini menyeru penyokong-penyokong IS supaya membunuh warga negara-negara yang menyertai pakatan yang diketuai AS dengan apa sahaja cara.
"Anda boleh membunuh penduduk AS dan Eropah, terutamanya rakyat Perancis, Australia dan Kanada termasuk penduduk negara yang memeterai pakatan (dengan AS) untuk memerangi IS," kata Abu Mohammed.
Sebelum ini, AS dan Perancis melancarkan serangan udara ke atas militan IS, sementara AS merancang membentuk pakatan antarabangsa untuk memerangi kumpulan IS, yang dilihat menjadi ancaman antarabangsa.
Di Kaherah, IS menggesa penentang kerajaan di Semenanjung Sinai untuk meneruskan usaha menyerang pasukan keselamatan Mesir, sekali gus menimbulkan kebimbangan tentang hubungan antara kumpulan-kumpulan militan.
Pegawai-pegawai Mesir termasuk Menteri Luar mengakui menjalinkan kerjasama dengan dua kumpulan militan tetapi menyatakan tiada anggota IS di negara itu.
IS menawan kawasan di wilayah Iraq dan Syria serta mengisytiharkan kerajaan Khalifah.
Mesir berdepan kumpulan penentang kerajaan sejak tentera menyingkirkan Presiden Mohamed Mursi pada tahun lalu.
Semalam, sebutir bom meletup di luar bangunan Kementerian Luar Mesir yang dipercayai dilakukan oleh militan IS, mengorbankan tiga anggota polis termasuk saksi utama dalam perbicaraan kes Mursi. - AFP/REUTERS

Sumber

SYRIA: Kurdis sekat kemaraan IS

Penduduk Kurdis yang melarikan diri ekoran kemaraan kumpulan militan IS menunggu di pintu sempadan dekat bandar Suruc di Sanliurfa, Turki untuk memasuki negara itu. - REUTERS
 
BEIRUT 22 Sept. - Kumpulan pejuang etnik Kurdis hari ini mendakwa berjaya menghalang kemaraan kumpulan militan Negara Islam (IS) ke wilayah timur Syria yang bersempadan dengan Turki dan dikuasai puak tersebut.
Jurucakap kumpulan bersenjata Kurdis, YPG, Redur Xelil berkata, kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) berjaya dihalang di wilayah Kobani.
"Pertempuran masih berlangsung, namun kemaraan ISIS berjaya disekat sejak malam tadi,'' katanya.
Kobani yang juga dikenali sebagai Ayn al-Arab merupakan antara laluan utama ke wilayah timur Syria.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, IS gagal mara ke wilayah timur dalam tempoh 24 jam lalu.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus berkata, jumlah pelarian Kurdis memasuki negara itu kini mencecah 130,000 orang.
"Mereka memasuki sempadan Turki sejak Jumaat lalu,'' katanya.
Ketua Badan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, lebih 150,000 penduduk etnik tersebut telah meninggalkan Kobani.
"Bandar Kobani kini tidak berpenghuni selepas lebih 150,000 penduduknya meninggalkan bandar berkenaan. Tidak semua penduduk berkenaan memasuki Turki,'' katanya.
Beliau berkata, Kobani kini dikepung oleh IS dari arah timur, barat dan selatan. - REUTERS/DPA

Sumber

PM AUSTRALIA beri amaran militan IS akan dipenjara

SYDNEY 22 Sept. - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, hari ini memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas ke atas rakyat negara ini yang menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Asia Barat, termasuk dipenjarakan, selepas mereka pulang ke Australia dalam usaha kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang antikeganasan.
Dalam satu kenyataan, Abbott berkata, rakyat Australia yang menyertai IS akan ditangkap, didakwa di mahkamah dan seterusnya dipenjara untuk satu tempoh yang panjang.
"Undang-undang kami diubah suai bagi menyenangkan usaha membanteras pengganas di dalam negara ini," kata Abbott selepas pihak berkuasa melancarkan serbuan terbesar ke atas lebih 30 buah rumah, Khamis lalu bagi memburu suspek militan IS.
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan dalam serbuan itu atas dakwaan merancang operasi keganasan.
Kerajaan memaklumkan turut berjaya mematahkan rancangan anggota IS cuba mengatur demonstrasi ganas di sini.
"Seorang anggota kumpulan IS warga Australia mengarahkan pengikutnya menangkap penduduk bukan Islam untuk membuktikan mereka mampu membunuh orang kafir," kata beliau.
Abbott memaklumkan bahawa seramai 60 rakyat Australia didapati terbabit dalam pertempuran di Syria dan Iraq, manakala lebih 20 orang daripada mereka telah kembali ke negara ini, di samping 100 orang lagi dipercayai menyokong IS secara aktif.
Kerajaan Australia juga mengkaji sama ada sistem perundangan sedia ada memadai atau tidak untuk menangani ancaman IS dan dua usul berkaitan perkara itu akan dibentangkan di Parlimen minggu ini untuk diluluskan.
Pendakwa raya, George Brandis sedang merangka usul bagi membolehkan agensi keselamatan diberi kuasa lebih bagi menangani ancaman anggota IS yang pulang daripada pertempuran di luar negara. - AFP

Sumber

IS Bakal Serang Saudi?


kun aogerSeorang penganalis politik dan strategi asal Amerika menyatakan bahawa organisasi Negara Islam Iraq dan Syria akan mensasarkan Arab Saudi menjadi negara berikutnya yang diserang, untuk memancing pemerintah Obama campur tangan dalam konflik di Timur Tengah.

Dalam paparannya, Kun Aoger mengatakan “ISIS menginginkan Amerika campur tangan dalam konflik di Saudi, hal ini lebih mudah mengorbankan sentimen jihad global umat Muslim terhadap AS kerana Makkah menjadi kiblat umat muslim di seluruh dunia.”

“Jika memang al Baghdadi pintar, dia tidak akan menyerang Iran ataupun Turki pada awalnya, kerana kedua negara tersebut memiliki tentera dan persenjataan yang kuat,” tambahnya.

“Saya kira mereka akan lebih memilih arah ke selatan yang menjadi mitra terpenting AS di Timur Tengah selain Israel,” ungkap Kun Aoger.

“Kerana Saudi adalah negara yang penuh cakap kosong dan tenteranya lemah, mereka membeli billionan dollar senjata dari Amerika akan tetapi tidak dapat digunakan. Oleh kerana itu jika mereka mensasarkan Arab Saudi, mereka akan maju dengan mudah,” ujar penganalisis politik dan strategi asal Amerika ini.

Menurutnya, Arab Saudi lebih penting bagi Amerika dibandingkan dengan Israel dan Britain. (Rassd/Ram) sumber

Monday, September 22, 2014

Ada Kelompok yang Lebih Berbahaya drpd IS


pejuang isis baruPara pegawai badan intelijen dan penegak undang-undang Amerika menyebut adanya sebuah kelompok yang dipimpin oleh orang Syria, orang yang tidak popular dan merupakan sebahagian daripada lingkaran dalam mantan pemimpin Al-Qaeda “Osama Bin Laden” dan kelompok ini merupakan ancaman terhadap Amerika dan Eropah yang jauh lebih besar daripada IS.

Akhbar New York Times pada hari Ahad menerbitkan sebuah laporan melalui lamannya, bahawa bagi pihak Amerika , kelompok ini yang dikenal dengan sebutan “Khurasan” muncul tahun lalu, yang paling keras di Syria, akan menjadi lebih berbahaya bagi Amerika.

Para pegawai tersebut menambahkan bahawa kelompok yang dipimpin oleh Mohsen al-fadhil, anggota senior Al-Qaeda, dan menurut Kementerian Luar Negeri, dia adalah orang dekat Osama bin Laden, dan dia juga merupakan sebagian dari kelompok kecil yang telah melakukan operasi pengeboman 11 September.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa hampir tidak ada informasi umum tentang kelompok “Khurasan” ini, kecuali info bahawa kelompok ini terdiri dari semua unsur al-Qaeda dari seluruh timur tengah dan Asia Selatan serta Afrika Utara. (hr/im) sumber

Friday, September 19, 2014

MESIR - Bom di Sinai, 6 Polis Maut

Sebuah ledakan bom membunuh enam polis di dekat kota perbatasan Rafah di Semenanjung Sinai, dalam serangan yang didakwa oleh beberapa pihak dilakukan oleh Mujahidin yang terinspirasi oleh Al Qaeda.

Pasukan keselamatan mengatakan bom tersebut tersembunyi jauh di bawah aspal jalan raya di daerah yang disebut Wadi Halfa, di mana polis bersama dengan tentera junta Mesir melintasinya pada Selasa (16/9/2014) pagi, lapor Al Jazeera.

Pegawai Mesir mengatakan ledakan itu juga mencederakan dua orang polis, menghancurkan kenderaan berperisai dan merobek tubuh korban.sumber

Kongres AS Setuju Bantu FSA Lawan IS


senat as
Kongres AS akhirnya membuka jalan bagi militer AS untuk melatih dan memperlengkapkan persenjataan pejuang Syria untuk perang melawan militan Negara Islam pada Khamis malam.

78 suara setuju melawan  22 Senat yang tidak setuju atas rancangan  Obama yang mengajukan  dana bagi pemerintah AS untuk mendukung Tentara Pembebasan Suriah (FSA) untuk hadapi Islamic State.

Dalam penampilan di Rumah Putih setelah pemungutan suara, Obama mengatakan dia senang bahawa majoriti senator di Parti Republik dan Demokrat telah mendukung undang-undang tersebut. “Saya percaya kami menjadi kuat sebagai bangsa ketika presiden dan Kongres dapat bekerja sama,” katanya. (JL/KH) sumber

Thursday, September 18, 2014

AS Tak Akan Hantar Tentera Darat Perangi IS

Presiden Amerika Seyarikat, Barack Obama, menegaskan bahawa dirinya tidak akan mengirimkan tentera darat untuk berperang di Iraq, meskipun ada lebih dari 40 negara menawarkan bantuan untuk memerangi  ISIS.

Dalam ucapannyanya di depan tentera AS di Pusat Komando Florida hari Rabu (17/08) kelmarin, Obama mengatakan “Saya tidak akan mengirim tentera kita untuk berperang di Iraq, pasukan kita tidak akan terlibat dalam perang liar di sana.”

Obama melanjutkan “Amerika tidak berperang sendiri di sana. Ada lebih dari 40 negara menawarkan bantuan untuk kempen memerangi ISIS, ada beberapa di antara mereka telah menyatakan akan ikut ambil bahagian dalam serangan udara.”

Menurutnya, misi militer Amerika telah sukses dalam melindungi para diplomat dan fasiliti AS di Iraq, serta membantu tentera Kurdish dan pemerintah dalam memerangi milisi ISIS. “Sekurang-kurangnya 160 serangan telah dilancarkan pesawat udara AS dalam tempoh waktu satu bulan terakhir,” ujar Obama. (Rassd/Ram) sumber

PALESTIN - 10 Cedera


israel kepung aqsha
Puluhan warga Yahudi kembali menyerbu Masjid al Aqsa di bawah penjagaan ketat unit khas tentera Israel sepanjang Rabu (17/08) pagi, seperti disiarkanYayasan Al-Aqsa untuk Wakaf dan Warisan.

Pejabat berita Anatolia Turki dari Yayasan Al-Aqsa untuk Wakaf dan Warisan menyatakan “Seramai 40 warga Yahudi menyerbu masuk Masjid al Aqsa melalui Gerbang Mughrabi. Mereka kemudian mencuba melakukan ritual Talmud disekitar masjid di bawah penjagaan ketat unit khas pasukan Israel."

“Kekecohan kecil terjadi setelah sejumlah jemaah masjid yang melihat kejadian tersebut segera mencuba membubarkan kegiatan tersebut ,” tambah Yayasan Al-Aqsa untuk Wakaf dan Warisan.

Sementara itu sebanyak 10 orang cedera setelah berlawan dengan pasukan keamanan di kota Al Quds dan Ramallah pada Rabu pagi.
 (Rassd/Ram)

Monday, September 15, 2014

SYRIA: 19 terkorban pertempuran puak Kurdish dengan IS

BEIRUT 15 Sept. - Seramai 19 orang terkorban dalam pertempuran ganas antara puak Kurdish dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) di timur laut wilayah Hasakeh semalam.
Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, antara yang terkorban merupakan penduduk perkampungan Hajiyeh dan Tal Khalil serta lima orang kanak-kanak.
Pertempuran tercetus antara Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) dengan IS ketika unit tersebut menawan beberapa penempatan dalam kawasan kubu militan, Tal Hamis. - AFP

Sumber

PALESTIN: Persekolahan bermula di Gaza

Sesi persekolahan di Gaza terpaksa ditangguhkan selama dua minggu berikutan kerosakan daripada serangan Israel. - AFP
 
GAZA CITY 14 Sept. - Kira-kira setengah juta kanak-kanak Gaza mula bersekolah hari ini, selepas sesi itu tertangguh selama dua minggu berikutan serangan Israel selama selama 50 hari mengorbankan lebih 2,100 rakyat Palestin dan memusnahkan beratus-ratus bangunan sekolah di sini.
Menteri Pendidikan Gaza, Ziad Thabet berkata, penangguhan tersebut melibatkan 230,000 pelajar dari gred satu sehingga gred 12 di sekolah-sekolah awam, 200,000 di sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan puluhan ribu yang mendaftar di sekolah swasta.
Penangguhan itu dibuat ekoran kemusnahan sekolah-sekolah dan penggunaan sekolah PBB sebagai lokasi perlindungan kira-kira 50,000 pelarian yang masih menetap di situ, jelas Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
Ziad berkata, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, minggu pertama sesi pembelajaran akan menyaksikan para pelajar diberikan bantuan kaunseling dan aktiviti rekreasi bagi membantu kanak-kanak dari tempoh peralihan kepada pembelajaran.
"Kami memberi latihan khas kepada lebih 11,000 orang guru serta 3,000 pengetua dan pentadbiran tentang bagaimana menguruskan pelajar selepas perang," katanya.
Sebanyak 26 buah sekolah musnah sepenuhnya sepanjang serangan Israel selama tujuh minggu itu, manakala 232 buah lagi rosak.
Pegawai Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), June Kunugi pula menyatakan kebimbangan mengenai pembiayaan kerajaan untuk pendidikan masih yang tidak jelas, dengan ketiadaan wang untuk perbelanjaan operasi sejak pembentukan kerajaan perpaduan awal tahun ini.
"Melabur dalam pendidikan adalah pelaburan untuk masa depan. Tanpa sokongan kuat dan komitmen kepada pendidikan dan perlindungan, seluruh generasi di Gaza akan hilang," katanya.
Sementara itu, UNHCR memaklumkan, pihaknya menyediakan 130,000 beg sekolah dan alat bantuan mengajar kepada sekolah kerajaan dan menjalankan program latihan kepada hampir 12,000 kaunselor sekolah, guru dan penyelia. - AGENSI

Sumber

Sunday, September 14, 2014

Jeneral Allen Ketuai Pakatan Serang IS

WASHINGTON: Jeneral Marin Bersara, John Allen yang juga bekas komander tentera Amerika Syarikat di Afghanistan, dilantik sebagai penyelaras usaha antarabangsa memerangi kumpulan Negara Islam (IS), umum Jabatan Negara.

"Dalam tugasan ini, Jeneral Allen akan membantu untuk mewujudkan, menyelaras dan meneruskan pakatan global dalam pelbagai usaha untuk melemah dan akhirnya menghancurkan ISIL," kata Timbalan Jurucakap Jabatan Negara, Marie Harf, merujuk kepada kumpulan sama yang menguasai sebahagian kawasan di Iraq dan Syria dengan kependekan lain.

Presiden Barack Obama, ketika mengumumkan strategi bagi menghancurkan kumpulan itu, berkata pengwujudan pakatan antarabangsa yang turut membabitkan negara Arab dan Islam amat penting bagi usaha memerangi IS.

Timbalan kepada Allen ialah Brett McGurk, iaitu Timbalan Penolong Setiausaha bagi Iraq dan Iran.
 
Allen memerintah tentera AS serta Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa di Afghanistan dari 2011 hingga 2013. Beliau juga memainkan peranan utama dalam tentera AS semasa perang Iraq. 
 
Pada lewat 2012 Presiden Barack Obama menamakan Allen sebagai Pemerintah Tertinggi NATO, satu daripada jawatan utama tentera AS.

Namun Allen menolak pelantikan itu dan bersara daripada perkhidmatan tentera pada Februari 2013.
- AFP sumber

MH198 Patah Balik, Masalah Teknikal

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH198 yang berlepas ke Hyderabad, India pada 10.20 malam tadi terpaksa berpatah balik akibat masalah teknikal.

Pesawat Boeing 737 itu mendarat di KLIA pada 2.01 pagi tadi tanpa sebarang insiden.
Menurut kenyataan MAS pagi ini, kerosakan itu tidak memberi kesan kepada pesawat atau penumpang tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, kapten pesawat mengambil keputusan untuk berpatah balik.

"Sejurus tiba, penumpang dan kru keluar dengan selamat dan diberi penginapan di hotel berhampiran," menurut kenyataan itu.

Penerbangan MH198 sudah dijadualkan semula sebagai MH198D dan akan berlepas pada 12 tengah hari nanti dan dijangka tiba di Hyderabad pada 1.35 petang waktu tempatan.

"Malaysia Airlines kesal dengan gangguan terhadap rancangan perjalanan penumpang tetapi menegaskan keselamatan penumpang kekal keutamaan syarikat," menurut kenyataan itu. sumber

Obama Yakin Tumpaskan IS


obama13
Barack Obama mengatakan  AS sedang mencari pendekatan yang tepat dan yakin AS akan mengalahkan  Negara Islam (IS).

Obama nyatakan hal itu ketika dia mengumpulkan pendanaan  untuk Senator dari parti  Demokrat di Baltimore, di  rumah senator Howard Friedman. Howard Friedman  adalah mantan presiden lembaga Amerika Israel Public Affairs Committee, sebuah lembaga lobi pro Israel yang kuat di AS.

Obama mengatakan AS adalah penjaga  sejarah dan saat ini  ada situasi yang mengerikan di Syria dan Iraq. Dia mengatakan tindakan Islamic State adalah tindakan  barbarisme , dan dunia Muslim perlu  menjauhkan diri dari setiap ekstremisme Islam yang sudah tidak memiliki tempat lagi dalam abad ke-21 ini.

Pada acara itu Obama berhasil mengumpulkan dana buat senator Yahudi itu  antara US$ 10.000 hingga  US$ 32.400 dari setiap undangan yang hadir. (AP/Dz) sumber

Friday, September 12, 2014

PALESTIN: Israel mungkin laku jenayah perang

BAITULMAQDIS 11 Sept - Israel kemungkinan terlibat melakukan jenayah perang di Gaza, kata Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) hari ini, sehari selepas tentera rejim Zionis itu mengumumkan lima siasatan jenayah membabitkan beberapa insiden yang melibatkan pasukan tenteranya.
Serangan Israel ke atas Gaza selama 50 hari yang berakhir pada 26 Ogos lalu itu mengorbankan lebih 2,100 warga Palestin yang kebanyakannya orang awam, dan 73 orang warga Israel termasuk 67 askar rejim Zionis itu.
Badan pemerhati hak asasi manusia yang berpangkalan di New York itu dalam satu kenyataan berkata, dalam tiga kes yang disiasat mendapati Israel ‘menjadi punca kematian ramai orang awam kerana mencabul undang-undang perang’.
Insiden itu termasuk pengeboman berasingan ke atas dua buah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di utara Gaza pada 24 dan 30 Julai lalu, serta serangan sebuah peluru berpandu ke atas sebuah lagi sekolah PBB di selatan bandar Rafah pada 3 Ogos lalu.
HRW berkata, dalam serangan itu seramai 45 orang termasuk 17 kanak-kanak terkroban.
"Dua daripada tiga serangan itu yang disiasat HRW .... dilihat tidak menjadikan ketenteraan sebagai sasaran atau dilakukan secara sengaja menyalahi undang-undang.
"Serangan ketiga di Rafah adalah menyalahi undang-undang dilakukan dengan sengaja. Serangan yang menyalahi undang dan dilakukan dengan sengaja, kalau bukanpun secara melulu," katanya.
"Serangan yang menyalahi undang-undang dan dilakukan secara sengaja... iaitu dilakukan secara tersusun atau melalu adalah melakukan jenayah perang," katanya.
Seorang pegawai tertinggi undang-undang tentera semalam berkata, tentera telah melancarkan penyiasatan jenayah ke atas lima insiden itu, termasuk kejadian pada 24 Julai di mana serangan Israel ke atas sebuah sekolah PBB di Beit Habum di utara Gaza yang mengorbankan 15 orang.
Tentera turut menyiasat berpuluh-puluh kes lain yang berpotensi dikaitkan dengan jenayah perang, tetapi setakat ini tidak menyebut langsung insiden pada 30 Julai dan 3 Ogos lalu.
Pegawai itu berkata, tentera telah pun menolak tujuh insiden yang rujuk kepadanya untuk disiasat, termasuk kematian lapan sekeluarga dalam serangan udara Israel ke atas kediaman mereka dan pembunuhan seorang lelaki yang menurut laporan adalah seorang pekreja media.
PBB dan kumpulan hak asasi antarabangsa mengutuk Israel atas beberapa serangan dan Washington turut mengecam serangan membabitkan sekolah PBB pada 24 Julai itu, namun PBB mengelak daripada menyalahkan Israel sepenuhnya.
Sementara itu, Palestin telah mengancam untuk mendakwa Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas kesalahan jenayah perang, dan Hamas telah menandatangani satu cadangan untuk rakyat Palestin bersatu di bawah satu badan bagi menyiasat Israel. - AFP

Sumber

Kubur besar 500 mayat ditemui di IRAQ

HAMPIR 500 mayat ditemui dalam sebuah kubur besar di Iraq yang dipercayai dibunuh oleh kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) di daerah Hamidat, Iraq, baru-baru ini. - AGENSI
 
BAGHDAD 11 Sept - Hampir 500 mayat ditemui dalam sebuah kubur besar di Iraq yang dipercayai terbunuh di tangan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL), lapor TV Press.
Seorang pegawai dari wilayah utara Mousl, baru-baru ini berkata, kubur besar itu ditemui di daerah Hamidat, Iraq.
Katanya, mayat-mayat itu dipercayai merupakan banduan dari penjara Badoosh Mosul yang dihukum bunuh oleh militan Takfiri yang merupakan salah satu rangkaian ISIL.
Sementara itu, seorang pegawai Kurdish berkata, berpuluh-puluh mayat termasuk mayat beberapa orang kanak-kanak ditemui dalam satu kubur besar berasingan di barat Mosul.
Kesemua mangsa dipercayai daripada puak Izadi Kurds yang menjadi sasaran ISIL bersama beberapa kaum lain.
Kerajaan Iraq kini melancarkan operasi ketenteraan memerangi pengganas ISIL yang berjaya menguasai Mosul pada 10 Jun lalu, diikuti bandar Tikrit yang terletak 140 kilometer di barat laut Baghdad.
Bagaimanapun tentera kerajaan berjaya menawan semula Tikrit daripada ISIL.
Kumpulan pengganas Takfiri ketika ini mengawal sebahagian kawasan di timur Syria dan kawasan utara dan barat Iraq.
Kumpulan pengganas itu dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian perisikan Arab Saudi dan dipercayai mendapat sokongan Israel.

Sumber

AMERIKA SYARIKAT: Obama arah perang habis-habisan ke atas IS


REKRUT wanita Kurdish mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan di sebuah pangkalan berhampiran bandar Sulaimaniya di utara Iraq, kelmarin. - AFP
WASHINGTON 11 Sept. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, semalam mengarahkan perang ‘habis-habisan’ ke atas kumpulan Negara Islam (IS) termasuk serangan udara di Syria dan memperluaskan operasi ketenteraan di Iraq bagi ‘menghancurkan’ kumpulan militan itu.
Obama yang mahu mencatat sejarah sebagai Presiden yang menamatkan perang, pada masa sama turut berikrar untuk memperkuat tentera Iraq dan menambah bantuan ketenteraan kepada kumpulan penentang di Syria.
Dalam ucapannya yang disiarkan di stesen televisyen negara ini, Obama berkata, IS yang membunuh dua wartawan AS dan merampas sebahagian besar kawasan di Iraq dan Syria adalah sebuah kumpulan yang kejam dan unik yang mengakibatkan Asia Barat ‘bermandi darah’.
"Mereka membunuh tahanan perang, kanak-kanak dan menjadikan hamba serta merogol dan memaksa wanita supaya berkahwin dengan mereka,’’ dakwanya, sambil menambah, kekejaman itu hanya mendorong kepada satu tindak balas.
Obama berkata, objektif Amerika adalah jelas: "Kami akan menumpaskan dan terus memusnahkan sepenuhnya IS menerusi satu strategi antikeganasan yang komprehensif dan tegas.
"Saya tidak teragak-agak untuk bertindak ke atas IS di Syria dan juga Iraq. Ia merupakan satu prinsip utama semasa saya menjadi Presiden.
"Jika anda mengancam Amerika, anda akan mendapati tiada tempat yang selamat (buat anda),’’ katanya.
Sementara itu, seorang pegawai kanan AS tidak ragu-ragu berhubung kenyataan Obama itu, yang merupakan satu arahan tindakan ketenteraan di Syria, walaupun beliau sebelum ini enggan terlibat dalam perang saudara di negara itu.
"Akan ada tindakan (ketenteraan) di Syria,’’ kata pegawai itu, namun beliau enggan menyatakan bila serangan pertama itu akan dilancarkan. - AFP

Sumber

TURKI Enggan Sertai Barat dan Arab Serang IS


erdogan for presidenTurki menolak untuk bergabung dengan  koalisi pimpinan AS yang akan menyerang kelompok jihad di Iraq dan Syria, Turki tidak akan mengambil bahagian dalam operasi tempur melawan militan perjuangan di Iraa dan Syria , kata seorang pegawai pemerintah Turki kepada AFP, Khamis.

“Turki tidak akan terlibat dalam operasi bersenjata apapun, dan hanya  sepenuhnya akan berkonsentrasi pada operasi kemanusiaan,” kata pegawai itu tanpa ingin disebut  namanya.

Keputusan penolakan negara itu tidak seperti  pada saat tahun 2003 ketika Turki dijadikan basis tentera AS berjumlah  60000 tentera AS  untuk menyerang kedaulatan Iraq dari utara. Izin ini membawa krisis tersendiri bagi Turki saat itu, yang berlanjut pemerintahan Ankara kemudian melarang pemerintahan Washington menggunakan pangkalan udara untuk menyerang rejim Saddam Hussein.

Pemerintahan Turki selama ini telah dikecam oleh beberapa pengkritik dunia kerana  secara tidak langsung mendorong pembentukan Negara Islam di Iraq dan Syria  kerana dukungannya terhadap pihak pejuang pemberontak Syria yang ingin menjatuhkan  Bashar al-Assad, di mana para mujahidin asing berbondong bondong memasuki Syria melalui Turki dengan mudah kerana kelonggaran yang dibuat Turki  dari perbatasannya. Tapi pihak Ankara menolak keras kononnya tindakan mereka telah menjadi bumerang.

Menteri Luar Negeri AS John Kerry  mengadakan pertemuan di Arab Saudi pada hari Khamis untuk meeujudkan dukungan dari 10 negara-negara Arab dan Turki , setelah Presiden Barack Obama mengumumkan strategi baru Washington terhadap Negara Islam, yang akan mencakup serangan udara di Syria.

Turki hanya  membuka landasan udara Incirlik di selatan hanya untuk operasi logistik dan kemanusiaan , menurut pegawai Turki yang menekankan bahawa landasan udara itu  tidak akan digunakan untuk serangan udara.

“Turki tidak akan mengambil bagian dalam misi tempur, atau menyediakan senjata,” katanya. (Arby/Dz) sumber

Anggaran Kekuatan IS

Menurut seorang pegawai tinggi intelijen Iraq, IS memiliki lebih dari 27,600 mujahidin  yang  beroperasi di Iraq, diantaranya ada sekitar 2,600 berasal dari Mujahidin asing.

Sedangkan komposisi lainnya dari pihak pihak yang terlibat konflik , ada jumlah personil Militer Syiah Iraq dan polis diperkirakan lebih dari 1 juta orang . Tentera Syiah Assad  diperkirakan memiliki kekuatan 300,000 askar. Dan ada  lebih dari 100,000 mujahidin penentang Syria, termasuk di antaranya Jabhah Nusra yang terkait   al-Qaeda , dan ada  puluhan ribu pasukan Peshmerga Kurdish di Iraq.

Kelemahan terbesar Negara Islam satu satunya  adalah bahwa mereka tidak memiliki sarana  pertempuran kekuatan udara yang memadai , yang bererti bahwa serangan udara AS dapat dengan mudah  menghancurkan kemampuannya.

Namun, Mujahidin  Negara Islam telah mengumpulkan sejumlah besar senjata yang direbut  dari instalasi militer Iraq dan Syria dalam beberapa bulan terakhir.

Pegawai Iraq, yang menolak namanya untuk diidentifikasi kerana dia tidak berkuasa untuk menyampaikan kepada media, mengatakan kepada  Associated Press bahawa Negara Islam memiliki ribuan pucuk senapang  Kalashnikov, senapang mesin, senjata anti-pesawat dan mortar,  35 tank militer Iraq , 80 kenderaan berperisai dan ratusan Humvee.

Selain itu, Negara Islam setelah menguasai kota Raqqa di Syria, mereka juga  telah merebut beberapa peluru berpandu Scud.

Richard Brennan, ahli politik Irak di  RAND Corporation dan mantan pegawai Kementerian Pertahanan AS, mengatakan  Negara Islam telah menguasai  senjata artileri 155mm howitzer buatan AS yang sebelumnya diamanahkan kepada tentera Iraq . Dan juga menguasai  beberapa tank buatan Soviet. Mereka juga menyita beberapa senjata berat, termasuk senapang mesin kaliber 50.

Bahkan negara Islam juga  memiliki pesawat  MiG 21s yang direbut  ketika mereka berhasil menyerbu pangkalan udara tentera Syria di Tabqa bulan lalu.

Mujahidin Negara Islam juga telah menunjukkan kemampuan untuk mengoperasikan drone , seperti yang disiarkan dalam  video mujahidin  Negara Islam yang menduduki kota Fallujah.

“Mereka cukup signifikan dalam hal menambah kemampuan organisasi untuk mengebom sasaran sebelum mereka lakukan penyerangan,” ujar Richard. (Arby/Dz) sumber

Thursday, September 11, 2014

Ikhwan SYRIA Tolak ISIS, Tapi Lebih Tolak Assad


TURKEY-SYRIA-POLITICS-UNREST
Organisasi Ikhwanul Muslimin Syria menyatakan penolakannya atas setiap serangan asing yang akan mensasarkan milisi Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) serta faksi Revolusioner Syria lainnya.

Menurut gerakan politik yang menjadi pembangkang terbesar rejim Bashar Al Assad menyatakan ini adalah bentuk kemunafikan Barat, “Saat yang sama Aliansi antarabangsa ingin menghapuskan ISIS, tapi pada mas ayang sama mereka enggan untuk menggulingkan Assad.”

Ikhwanul Muslimin beralasan bahawa serangan pasukan antarabangsa kepada ISIS akan sangat menguntungkan tentera pemerintah Syria.

“Pertempuran pertama kami dengan ISIS adalah masalah ideologi dan pemikiran mereka. Jelas antara mereka ada kelompok-kelompok di dalam ISIS yang salah dalam memahami Islam dan mungkin akan kembali kepada pemikiran Islam yang lurus dan benar, dengan mereka (kelompok di dalam ISIS) yang memiliki agenda asing untuk merosak jalannya revolusi rakyat Syria dan mencoreng citra Islam. Mereka ini (kelompok ke 2) adalah musuh yang mesti diperangi sampai berakhirnya kejahatan yang mereka tebarkan di Syria,” ujar Ikhwanul Muslimin dalam keterangannya.

Kelompok yang banyak tersebar di berbagai belahan dunia ini mengingatkan bahawa perang sebenarnya adalah melawan rejim Bashar Al Assad yang telah membunuh ratusan ribu rakyat Syria.

Selain Ikhwan, beberapa kelompok Islam lainnya seperti Salafi menyatakan menentang perbuatan yang dilakukan oleh milisi ISIS, “Akan tetapi kami tidak dapat membenarkan ataupun menyokong perang melawan ISIS yang dilakukan Barat.” (Skynewsarabia/Ram) sumber

Wednesday, September 10, 2014

MESIR - Al-Azhar Anugerahi Raja Saudi


malik abdullah

Isnin, Al-Azhar, Mesir memberikan  Raja Saudi Abdullah bin Abdul Aziz gelar doktor kehormat.
Menteri Luar Negeri Saudi Pangeran Saud Al Faisal, yang merasmikan kedutaan Saudi yang terbesar di Kaherah sebelumnya , menerima penghargaan atas nama Raja Saudi pada upacara di ibukota Mesir.

Minggu lalu, pejabat berita Saudi  mengatakan penghargaan tersebut datang “Sebagai pengakuan atas [raja Saudi] yang memberikan  ‘perkhidmatan’ kepada Islam dan umat Islam di dunia.

Imam Al-Azhar Sheikh Ahmad Mohammad Al-Tayyeb mengatakan kehormatan mencerminkan “Perasaan sebenarnya para anggota Dewan Tertinggi Al-Azhar untuk  Penjaga dua Masjid Suci  terhadap Islam dan Muslim dunia dan juga sikap  Kerajaan Arab Saudi terhadap Mesir dan rakyatnya. ” (Arby/Dz) sumber

BRITAIN Bantu Persenjataan Kurdish

Britaian pada hari Selasa mengatakan akan mengirim senapang mesin dan amunisi ke Iraq untuk membantu pemerintah baru dalam pertempuran melawan militan Negara Islam, ini adalah pemasukan  senjata pertama sejak konflik yang berkobar pada bulan Julai, pejabat berita Reuters melaporkan.

Perdana Menteri David Cameron mengatakan dia tidak akan mengesampingkan apa pun dalam usaha untuk “menekan” para militan “, tetapi  Britain mengisyaratkan  tidak turut serta dalam serangan udara AS sebelum pemerintahan baru Iraq terbentuk .

Kementerian Pertahanan mengatakan akan mengirim senapan mesing dan amunisi bernilai sekitar 1.6 juta pound (US$ 2.500.000) atas permintaan pemerintah Iraq dan  senjata itu akan digunakan oleh pasukan Kurdish dan Iraq.
.
“Persenjataan pasukan Kurdish masih sangat  kurang dilengkapi untuk menghadapi Negara Islam  dan kita merespons untuk membantu mereka membela diri, melindungi warga negara dan mengundurkan  [IS] ,” katanya dalam sebuah pernyataan. sumber

Demo Tolak As-Sisi di PERANCHIS


mesir eiffel 1

Puluhan orang warga Mesir di Perancis mengadakan tunjuk perasaan damai di sekitar Menara Eiffel hari Isnin (08/09) lepas.

Dalam aksinya mereka mengibarkan simbol 4 Jari Rabiah, yang menjadi simbol perjuangan warga Mesir melawan pemerintahan kudeta militer yang dipimpin oleh Presiden Abdel Fattah Sisi.

Sejumlah pelancong yang sedang berkunjung di sekitar menara Eiffel ikut tertarik mengambil foto aksi damai yang diadakan warga Mesir tersebut. (Rassd/Ram) sumber

mesir eiffel 2

mesir eiffel 4

mesir eiffel

mesir eiffel 3

sumber

Tuesday, September 9, 2014

IS Sudah Tiba di Sinai, MESIR


isAkhbar al-Ahram Mesir melaporkan  bahawa militer Kaherah berubah strategi untuk memerangi militan Sinai terkait adanya informasi terbaru bahawa Negara Islam  (IS) telah hadir di Sinai, Reuters melaporkan pada hari Sabtu bahwa IS telah melatih sesama gerakan Islamis lainnya di negeri ini.

Seorang komandan senior dari kelompok militan Sinai , Ansar Bayt al-Maqdis, yang telah membunuh ratusan anggota pasukan keamanan Mesir selama setahun terakhir, mengatakan IS telah memberikan petunjuk tentang cara beroperasi secara lebih efektif.

“Mereka mengajarkan kita bagaimana untuk melakukan operasi. Kami berkomunikasi melalui internet, “ujar komandan tersebut , yang meminta untuk namanya dirahsiakan, kepada Reuters.

“Mereka tidak memberi kami senjata atau pejuang. Tapi mereka mengajarkan kita bagaimana untuk membuat sel-sel rahasia, yang terdiri dari lima orang. Hanya satu orang yang memiliki kontak dengan sel-sel lain. “

“Kehadiran  sel IS di Mesir telah terbukti dan memiliki dasar fakta,” al-Ahram melaporkan Jumaat, mengutip sumber-sumber informasi.

Dia menambahkan “operasi militer Mesir saat ini dalam proses untuk mensasarkan sel-sel ini di wilayah Jebel Al-Hilal. Menurut sumber militer, pembersihan awal akan diikuti oleh operasi menyisir yang diperkirakan akan memakan beberapa waktu. “

Kelompok militan Sinai dan pemerintahan sekular  Mesir adalah musuh lama. Beberapa komandan yang paling terkenal berasal dari al-Qaeda, termasuk pemimpinnya saat ini Ayman al Zawahri-, adalah mujahidin asal Mesir.

Satu demi satu presiden Mesir mencuba menghancurkan  kelompok militan ini tetapi para Mujahidin  selalu berjaya muncul kembali. sumber

SYRIA - 35 Maut dalam Serangan di Utara

BEIRUT: Serangan udara di kubu kuat kumpulan jihad di Raqa, utara Syria semalam, mengorbankan 35 orang termasuk 15 anggota pergerakan Negara Islam IS).

"Pesawat tentera rejim kerajaan melancarkan lapan serangan udara dengan mensasarkan Raqa dan kawasan sekitarnya," demikian menurut Pengarah Badan Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman, hari ini.

Sekurang-kurangnya 20 orang awam termasuk seorang wanita dan tiga kanak-kanak maut. Lapan daripada mangsa berkenaan adalah daripada satu keluarga.

  sumber

Kalah di Gaza, Zionis Tangkap 127 Orang di Tebing Barat


penangkapanAksi penangkapan warga Palestin terus berlangsung sepanjang 1 minggu terakhir di pelbagai wilayah Tebing Barat, serami 10 orang kembali ditangkap pasukan keamanan Israel pada Ahad (07/09) pagi.

Seperti yang disiarkan pejabat berita Anatolia dari Asosiasi Tahanan Palestin menyatakan, “7 orang yang ditangkap berasal dari kota Hebron, 2 lainnya dari dari Bethlehem dan seorang lainnya dari kota Beit Sira sebelah barat kota Ramallah.”

Pasca kalah dalam agresi mmiliter ke Jalur Gaza yang berakhir pada 26 Ogos lalu, pemerintah Israel terus mengintesifkan operasi penangkapan terhadap sejumlah aktivis dan simpatisan Hamas di wilayah Tebing Barat, Palestin.

Tercatat sejak awal bulan September bulan ini, seramai 127 warga Palestin di wilayah Tebing Barat ditangkap aparat keamanan dalam berbagai operasi keamanan yang digelar militer Israel. (Rassd/Ram) sumber

Monday, September 8, 2014

97 Juta Warga Arab Masih Buta Huruf


ISRAEL-SYRIA-CONFLICT-CLASHES-GOLAN-CROSSINGPemerintah Arab mendapat kritikAN pedas Organisasi Arab untuk Pendidikan, Ilmu Pengetahuan dan Kebudayaan “ALECSO,” dalam peringatan hari Dunia untuk memerangi buta huruf pada hari Isnin (08/09)

Dalam peringatan tahunan yang jatuh pada setiap tanggal 8 September, ALECSO menyatakan “Ada 97 juta warga Arab yang buta huruf dari 338 juta orang di dunia, atau sekitar 20% dari total buta huruf di dunia.”

ALECSO mencatat negara-negara miskin seperti Somalia mengalami kenaikan signifikan mencapai 62% dari populasi warga, disusul dengan Mauritania 42%, Yaman36% dan Morocco 33%, serta Sudan, Algeria Mesir, yang mencapai total 26%.

Jalur Gaza menjadi wilayah di Timur Tengah yang terbebas dari buta huruf. Negara -negara Qatar, Bahrain, Kuwait, Palestin dan Jordan menjadi negara yang terendah tingkat buta aksara di Timur Tengah. (Skynewsarabia/Ram) sumber

MESIR Cuba Ganti Tanah PALESTIN?

sisi-abbasPresiden Mesir , Abdel Fattah Sisi mengajukan proposal penggabungan wilayah Sinai utara seluas 1600 km persegi dengan Jalur Gaza menjadi negara bahagian Palestin kepada Presiden Mahmoud Abbas, seperti disiarkan Radio Angkatan Darat Israel hari Isnin (08/09).

Menurut sumber pegawai Israel tersebut, proposal ini diajukan Mesir sebagai ganti atas tuntutan Abbas mengenai kembalinya wilayah negara Palestin sesuai dengan perjanjian 1967 dalam usaha negosiasi damai antara Palestin-Israel.

Pemerintah Amerika Syarikat dilaporkan menyetujui dan mendukung usaha pemerintah Mesir tersebut dalam menyelesaikan konflik Israel-Palestina
.
Selain Abbas, PM Benjamin Netayahu dilaporkan telah diberitahu pemerintah Mesir mengenai porposal tersebut, seperti disiarkan akhbar Globes dan Channel 2 Israel.

Hingga hari Isnin ini, pemerintah Abbas dilaporkan masih menolak rancangan proposal yang diajukan negara tetangganya tersebut. (Dostor/Ram) sumber