Pengurus Besar Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Herry A Y Sikado berkata, pesawat berkenaan mendarat di lapangan terbang itu kira-kira pukul 2.10 petang waktu tempatan.
"Sebaik-baik mendarat, penumpang wanita itu dikejarkan ke Hospital Besar Kasih Ibu di Denpasar Barat, Bali," katanya seperti yang dilaporkan saluran MetroTVNews.
Tambahnya, insiden itu juga tidak menjejaskan operasi lapangan terbang tersebut.
Antara News menamakan penumpang wanita itu sebagai warganegara Australia, Samual P Jeyanthi.
Pesawat terbabit yang dinaiki 178 penumpang, berlepas semula ke Brisbane pada pukul 4.14 petang semalam waktu tempatan.