Saturday, November 29, 2014

NIGERIA - Serangan di Masjid, 120 Maut 270 Cedera

KANO, Nigeria: Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh dan 270 yang lain cedera apabila dua pengebom nekad meletupkan diri mereka manakala beberapa lelaki senjata melepaskan tembakan semasa solat Jumaat di sebuah masjid di Nigeria.

Serangan terhadap Masjid Besar di Kano, bandaraya di kawasan majoriti penduduk Islam di utara negara itu, dilancarkan ketika solat Jumaat bermula.

Masjid itu bersambung dengan istana Emir Kano, Muhammad Sanusi II, ulama kedua paling kanan di Nigeria. Minggu lalu, beliau menggesa orang awam memerangi Boko Haram.

Letupan itu berlaku selepas serangan bom terhadap sebuah lagi masjid di bandaraya Maiduguri dipatahkan, lima hari selepas pengebom nekad membunuh lebih 45 orang.

Jurucakap polis kebangsaan, Emmanuel Ojukwu memberitahu AFP bahawa pengebom nekad berkenaan meletupkan diri secara berturut-turut sebelum "beberapa lelaki bersenjata menembak mereka yang cuba melarikan diri".

Ojukwu berkata, beliau tidak mengetahui sama ada pengebom nekad berkenaan lelaki atau wanita selepas beberapa serangan membabitkan pengebom nekad wanita sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, katanya orang ramai yang berang dengan serangan itu membunuh empat penembak dalam kekecohan yang menyusul. Saksi menyatakan penembak terbabit dibakar.

Minggu lalu, Emir Kano memberitahu jemaah masjid sama bahawa mereka patut mengangkat senjata memerangi Boko Haram.

Beliau juga menyatakan keraguan dengan kemampuan tentera Nigeria melindungi orang awam dan menamatkan darurat itu. - AFP sumber

MESIR - Mubarak Bebas Tuduhan Membunuh

KAHERAH: Sebuah mahkamah Mesir hari ini menggugurkan tuduhan membunuh terhadap bekas presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak, berhubung pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011, serta membebaskan komander keselamatan beliau.

Mahkamah itu juga membebaskan Mubarak daripada satu pertuduhan rasuah tetapi beliau kekal dalam penjara kerana sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun susulan kes rasuah berasingan. - AFP sumber

Thursday, November 27, 2014

Tentera Upahan Semakin Ramai di IRAQ


tentara bayaranSemakin ramai tentera upahan dari Britain  yang digunakan untuk melawan Mujahidin  di Syria dan Iraq, akhbar Independent Britain melaporkan pada akhir minggu lalu.

James Hughes, mantan infanteri Britain yang pernah bertempur di Afghanistan, hadir di Kobane mendukung milisi Kurdi dalam perjuangan mereka melawan Negara Islam , kata harian itu.
Informasi yang diperoleh dari profil Facebook  nya menunjukkan bahawa d ia meninggalkan tentera Britain tahun ini setelah berkhidmat lima tahun.

Hughes, yang kini menjadi  “tentera upahan,” bertempur untuk milisi  Kurdi Unit Perlindungan Rakyat, YPG. Dia tidak sendirian,  rakan senegaranya Jamie Baca, yang Facebook pagenya  menunjukkan dia pernah dilatih oleh  tentera Perancis, berjuang bersama dengannya.

Menurut akhbar itu, beberapa tenteraupahan dari Britain tampaknya telah direkrut oleh Jordan Matson, seorang warga Amerika yang pada bulan Oktober terungkap telah bergabung dengan milisi Kurdi dalam pertempurannya dengan IS.

Dengan sebutan  “Lions of Rojava,” Jordan Matson di halaman Facebooknya  mendesak orang untuk bergabung dan membantu untuk “mengirim  teroris ISIS ke neraka dan menyelamatkan umat manusia” .

 (Arby/Dz) sumber

SAUDI - 348 Maut Akibat MERS


RIYADH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata sejumlah 348 orang maut di negara itu akibat jangkitan Sindrom Penafasan Asia Barat (MERS).
 
Angka kementerian berkenaan yang dikeluarkan semalam, termasuk dua kematian terbaharu yang dicatatkan di Riyadh, menjadikannya semua 810 kes disahkan di Arab Saudi sejak virus MERS mula dikesan pada 2012.

Virus berkenaan turut merebak ke beberapa negara lain walaupun ia lebih tertumpu di Arab Saudi. - AP sumber

Tentera SYRIA Bom Kubu IS, 95 Maut

BEIRUT: Serangan udara tentera Syria terhadap kubu kuat kumpulan Negara Islam (IS) di Raqa mengorbankan sekurang-kurangnya 95 orang ketika delegasi kerajaan Presiden Bashar al-Assad mengadakan rundingan dengan sekutu utamanya, Russia semalam.

Serangan bom semalam adalah serangan berdarah paling terbesar oleh tentera udara rejim Assad di Raqa sejak kumpulan pejuang kumpulan ekstremis Sunni IS menawan bandar itu tahun lalu dan mengisytiharkannya sebagai 'ibu negara'.

Lebih separuh jumlah korban membabitkan orang awam, demikian menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Tidak diketahui berapa ramai korban membabitkan militan IS.

Raqa adalah yang pertama dan satu-satunya bandar yang gagal dipertahankan tentera rejim kerajaan sebelum ditadbir oleh IS.
Ia digunakan oleh IS sebagai ibu pejabat gerakan itu bagi Syria dan negara jirannya, Iraq.

Sementara itu di Russia, delegasi Syria diketuai Menteri Luar, Walid Muallem mengadakan rundingan dengan Presiden Vladimir Putin di Laut Hitam di Sochi, semalam.
Namun kandungan rundingan membabitkan perbincangan tertutup itu tidak didedahkan.

Sebelum ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan rundingan bagi menamatkan konflik di Syria sebanyak dua kali di Switzerland pada awal 2013, namun kedua-duanya berakhir tanpa sebarang persetujuan. - AFP sumber

HAMAS Tetap Tidak Iktiraf Israel


Hamas logoGerakan Pejuang Islam “Hamas” menegaskan bahawa mereka tidak akan mengakui sedikitpun hak berdirinya Israel di tanah Palestin, menanggapi ratifikasi pemerintah Tel Aviv terhadap undang-undang negara Yahudi.

Dalam sidang media pada hari Ahad (13/11), Hamas menyatakan “Kami Gerakan Pejuang Islam Hamas tidak mengakui hak Israel untuk wujud di tanah Palestin, kami memperingatkan masyarakat antarabangsa untuk mencegah Israel melakukan politik apartheid yang jelas tercermin dalam ratifikasi pemerintah Zionis dari undang-undang negara Yahudi.”

Hamas menekankan bahawa undang-undang negara Yahudi ini akan menyebabkan tekanan dan pemisahan terhadap hak warga Arab Palestin dan Islam, serta dapat mengancam timbulnya perang agama di wilayah Palestin.

Hamas menyebut negara Yahudi tersebut tidak akan pernah berhenti sampai dapat menguasai seluruh wilayah Arab dan mencuri sumber daya serta mempermalukan warganya di tanah mereka sendiri. (Rassd/Ram) sumber

UAE Sokong Syiah IRAQ Hadapi IS


Abdullah bin Zayed Al NahyanMenteri Luar Negeri Emiriah Arab Bersatu, Abdullah bin Zayed Al Nahyan, menegaskan bahawa negaranya mendukung langkah pemerintah Iraq dalam perang melawan organisasi Negara Islam (ISIS).

Dalam pernyataan rasminya di pejabat Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi, pada Rabu (26/11), Menteri Luar Abdullah bin Zayed, mengatakan “UAE akan meningkatkan kerjasama dengan Iraq. Kita menghadapi tentangan sulit di wilayah ini yang memestikan kita bekerja sama dalam berbagai tingkatan, kerana keberhasilan anda (Iraq) adalah kesuksesan bagi kami.”

Selain itu dalam kunjungannya ke Iraq, Menlu Abdullah bin Zayed mengundang PM Haider al-Abadi untuk dapat secepatnya mengunjungi UEA, dan mengatakan “Pemerintah UAE akan berada di belakang Iraq dan aliansi internasional dalam kempen perang melawan ISIS.”

Menteri Luar Negeri UAE tiba pada Rabu petang di ibukota Iraq, Baghdad, dalam kunjungan rasmi pertama kalinya pasca pelantikan Haidar al Abadi menjadi PM Iraq. (Rassd/Ram) sumber

Wednesday, November 12, 2014

Israel Tangkap Kanak2 Berusia 2 Tahun


anak palestinaAksi penangkapan kontroversi kembali dilakukan pihak berkuasa Israel hari Isnin (10/11) kelmarin. Kali ini seorang kanak-kanak berusia 2 tahun menjadi sasaran penangkapan oleh pasukan keamanan Yahudi.

Dalam keterangan orang tua Hamzah Hazim Zaedani, kanak-kanak berumur 2 tahun yang menjadi sasaran penangkapan Israel mengatakan “Polis Israel memberitahu bahawa anak kami yang bernama Hamzah Hazim Zaedani akan ditangkap atas tuduhan memiliki bahan peledak.”

Orang tua Hamzah menambahkan “Tentera Israel terus melakukan penangkapan meskipun kami menjelaskan bahawa anak bernama Hamzah Hazim Zaedani adalah kanak-kanak berusia 2 tahun.”

Menurutnya ada kesamaan nama anaknya dengan nama orang yang menjadi sasaran pencarian tentera Israel.
(Dostor/Ram) sumber

PAKISTAN - 17 Terbunuh

PESHAWAR: Anggota militan menyerang sebuah pusat pemeriksaan tentera di kawasan bergolak Pakistan, mengakibatkan dua askar dan 15 pemberontak terbunuh.

Serangan berlaku malam tadi di pusat pemeriksaan Pengawal Sempadan Paramilitari (FC) di kawasan Shireendara di Daerah Orakzai.

"Lebih 50 anggota militan menyerang pusat pemeriksaan itu. Dua askar mati sementara 15 pengganas terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan itu," kata pegawai kanan keselamatan.

Katanya, enam askar turut cedera dalam kejadian itu dan menambah, militan terbabit melarikan diri apabila anggota FC mula membalas tembakan. - AFP sumber

Jam Tangan Dilelong RM68 Juta


Jam tangan emas jenama Patek Philippe pada pratonton di Sotheby's, di Geneva, Switzerland. - Foto REUTERS
 
GENEVA: Jam tangan emas jenama Patek Philippe mencatat rekod lelongan paling mahal dan paling kompleks apabila dijual dengan harga AS$21.3 juta (RM68.16 juta) dalam satu lelongan di Switzerland, semalam.

"Henry Graves Supercomplication", yang dihasilkan dengan buatan tangan dan dinamakan menggunakan nama pemilik asalnya, seorang ahli perbankan di New York yang menempah jam itu pada tahun 1925.
Jam itu seberat setengah kilogram dan mengandungi 900 alat berasingan.

Sebelum ini, ia hanya diramal akan dilelong dengan harga AS$15 juta (RM48 juta) di lelongan Sotheby's Jewel and Watch Auction di Geneva.

Namun, pelanggan dan pembida yang bersaing hebat melonjakkan harganya ke paras termahal dengan tawaran terakhir yang berjaya mencatat 'rekod baharu dunia', demikian menurut Sotheby's.
Bagaimanapun, pembida atau pembeli jam berkenaan yang enggan mendedahkan identitinya, perlu membayar keseluruhan AS$24 juta (RM76.8 juta), termasuk komisyen.

Ia memerlukan masa lima tahun bagi Patek Philippe untuk menyelaras balik jam berkenaan yang mempunyai nama Graves pada butang pemutar jam.

Tim Bourne, Ketua Rangkaian Dunia Jam Sotheby's, berkata penjualan jam berkenaan mengesahkan jam itu kini 'berstatus bintang'.

Bourne menyifatkan jam tangan itu sebagai "ikon kurun ke-20' serta satu penghasilan hebat yang menampilkan tahap disiplin tinggi seni pembuat jam.

Seorang pakar industri jam berkata, sebelum lelongan itu jam berkenaan sekadar satu simbol aksesori mahal.
"Ia bukan jam yang anda akan pakai. Kini aa adalah jam yang menonjolkan simbol kekuatan, kuasa dan wang," katanya.

Jam berkenaan sebelum ini pernah ditawarkan untuk lelongan di Sotheby's New York pada Disember 1999, apabila Time Museum di Rockford, Illinois menutup operasi dan mula menjual barangannya.
Ketika itu, jam berkenaan dijual dengan harga AS$11 juta (RM35.2 juta) dan semalam, sekali lagi jam itu bersama 368 jam lain diletakkan untuk tawaran kepada pengumpul kaya raya yang datang dari seluruh dunia untuk menyertai lelongan selama empat hari itu. - AFP

sumber

MESIR - 10 Cedera di Sinai

KAHERAH: Satu serangan bom kereta di luar sebuah restoran segera di pekan Arish, Semenanjung Sinai semalam mengakibatkan 10 orang mengalami kecederaan.

Sumber keselamatan dan perubatan berkata, letupan menggegarkan pekan Arish itu di utara Sinai, iaitu kawasan bergolak di mana pasukan keselamatan melancarkan serangan terhadap kumpulan militan.
Setakat ini belum ada pihak muncul mendakwa bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Sumber keselamatan berkata, polis meminta orang ramai supaya tidak berada berdekatan kawasan terbabit berikutan adanya sebuah kereta curi yang menimbulkan syak. - Reuters sumber

Tuesday, November 4, 2014

Roket Gaza Hentam Israel

Sejumlah roket kembali dilancarkan pejuang Palestina pada Jumaat (31/10) malam ke wilayah Israel selatan, sebagai balasan atas penutupan Masjid al Aqsa yang berlangsung sejak Rabu (29/10).

Jurucakap militer Israel mengatakan “Sebuah roket ditembakkan dari Jalur Gaza pada Jumaat malam ke wilayah Eshkol, Israel selatan, tanpa menyebabkan adanya kecederaan.”

Pejuang Palestin beralasan bahawa ini adalah usahaa balasan atas penutupan Masjid al Aqsa dan pergaduhan yang meningkat dalam satu bulan terakhir ini.

Militer Israel mencacat ini adalah roket ke 2 yang dilancarkan dari Jalur Gaza sejak berlangsungnya gencatan senjata yang mengakhiri agresi militer 51 hari Israel pada 26 Ogos lalu. Tercatat lebih dari 2,140 warga Palestin terbunuh dan lebih dari 5000 orang cedera dalam agresi militer tersebut.

Kedua belah pihak dijadualkan akan segera melanjutkan negosiasi di ibu kota Kaherah pasa masa akan datang. (Skynewsarabia/Ram) sumber

Erdogan Tetap Enggan Iktiraf As-Sisi


sisi-erdogan
Presiden Turki Recep Tayyip WErdogan mengungkapkan bahawa dia menolak untuk menghadiri pertemuan PBB yang juga dihadiri oleh Presiden Mesir Abdul Fattah As-Sisi yang dianggapnya sebagai presiden haram, dan dia juga mendakwa media barat telah bermuka dua dalam menghadapi kudeta di Mesir dan beberapa peristiwa di Turki dan perang di Gaza dibandingkan dengan peristiwa Ain Arab (Kobani).

Presiden Turki mengatakan bahawa dia telah menerima undangan dari PBB dimana dijelaskan yang dia akan duduk bersama beberapa Presiden termasuk diantaranya As-Sisi, namun dia menolak untuk datang, kerana dia tidak ingin duduk bersama presiden yang tidak sah.

Terkait urusan Mesir, Presiden Turki mengatakan bahawa media Barat tidak mengucapkan sepatah kata pun tentang kudeta militer terhadap Muhammad Mursi yang menjadi presiden sah di Negara itu, hanya kerana Mursi memang bukan dari pendukung mereka. (hr/im) sumber

Selatan THAI - 3 Maut 2 Cedera

PATTANI: Tiga pemimpin kampung maut manakala dua lagi cedera apabila kenderaan yang mereka naiki diserang oleh kumpulan lelaki bersenjata dalam satu kejadian di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Muang Pattani, Pol Kol Tuandir Chutanon, berkata dalam kejadian 5 petang itu, semua mangsa yang menaiki sebuah trak pikap ditembak ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri mesyuarat bulanan di Pejabat Daerah di sini.

Mangsa adalah seorang Tok Penggawa dan empat penolong ketua Kampung Klong Maning, daerah Muang Pattani.

Chutanon berkata, mereka ditembak dengan raifal M16 dan AK47 berikutan terdapat lebih 50 kelongsong peluru jenis itu ditemui di tempat kejadian.

"Suspek dikatakan menaiki sebuah trak pikap dan telah menghampiri kenderaan mangsa sebelum melepaskan tembakan," katanya.

Beliau berkata, pihak polis sedang menyiasat sama ada motif kejadian itu berkaitan dengan konflik politik tempatan atau puak pemisah yang aktif di wilayah selatan negara itu.
- BERNAMA
sumber

SAUDI - 5 Maut dalam Tembakan

DUBAI: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati lima orang di wilayah timur Arab Saudi lewat petang semalam, lapor agensi berita tempatan.

Jurucakap polis berkata, sembilan orang cedera dalam serangan di pekan al-Dalwah di Daerah al-Ahsa.

"Ketika sekumpulan warga Arab Saudi sedang keluar dari sebuah bangunan, tiga lelaki bertutup muka melepaskan tembakan ke arah mereka dengan mesingan dan pistol," kata jurucakap itu.

Katanya, kejadian sedang disiasat namun beliau tidak memberikan butiran lanjut.

Al-Ahsa adalah satu daripada dua pusat utama golongan minoriti Syiah di Arab Saudi, di samping Daerah Qatif.

Gambar video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan mayat yang terbaring berlumuran darah di luar sebuah bangunan, dengan orang ramai di sekelilingnya meminta pertolongan. - REUTERS
 sumber

MAJLIS Ilmu Abu Zulfiqar (Satu Umat)


Israel Luluskan Bina 500 Rumah di Timur Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS: Jawatankuasa kerajaan Israel semalam meluluskan pembinaan 500 rumah baharu di timur Baitulmaqdis, iaitu kawasan pendudukan di bumi Palestin.

Kelulusan peringkat awal jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri itu bagi pembinaan rumah baharu di Ramat Sclomo, di Tebing Barat, adalah langkah yang tidak diiktiraf oleh negara lain.

Minggu lalu, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengarahkan supaya diteruskan rancangan untuk membina 600 unit rumah di Ramat Shlomo dan 400 lain di Har Homa di timur Baitulmaqdis.

Pegawai Palestin dan masyarakat antarabangsa menyatakan bantahan mereka dan menganggap langkah Israel itu sebagai halangan utama dalam usaha mencari perdamaian di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza serta menjadikan timur Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Seorang pegawai Israel berkata pihaknya berharap perkara itu tidak tidak dihebohkan ketika ia masih di peringkat perancangan dan perundangan, sebelum memulakan pembinaan.
Katanya, jumlah rumah di Ramat Shlomo dikurangkan atas sebab alam sekitar.

Di Washington, jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki berkata laporan itu bercanggah dengan matlamat Israel untuk mencari perdamaian. - REUTERS
 sumber

ISIS Dera Kanak-kanak Kurdis?

BEIRUT: Militan Negara Islam (IS) menyeksa dan mendera kanak-kanak Kurdis yang diculik awal tahun ini berhampiran bandar Kobani di utara Syria, kata sebuah badan hak asasi antarabangsa.

Human Rights Watch membuat kesimpulan itu berdasarkan temuramah dengan beberapa kanak-kanak daripada lebih 150 kanak-kanak lelaki Kurdis dari Kobani yang diculik pada penghujung Mei lalu ketika merek dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menduduki peperiksaan di bandar raya Aleppo.

Katanya, kira-kira 50 rakyat Kurdis berjaya melepaskan diri manakala yang lain dibebaskan secara berperingkat sehingga kumpulan terakhir pada 29 Oktober lalu.

Empat daripada kanak-kanak yang dibebaskan memberitahu Human Rights Watch bahawa mereka ditahan oleh kumpulan ekstremis itu di pekan Manbij di utara Syria dan kerap didera dengan menggunakan hos dan kabel elektrik. - AP sumber

Saturday, November 1, 2014

Ikhwan JORDAN Perangi Sambutan Halloween


halloweenJordan telah melarang sambutan Halloween , kerana khuatir akan reaksi gerakan Ikhwanul  Muslimin yang mengutuk festival tersebut sebagai acara ‘homoseksual dan syaitan.’

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Ziad Al Zoubi menegaskan keputusan yang dipetik harian Al Ghad . Dia mengatakan segala macam kegiatan berkaitan  Halloween telah dilarang untuk mencegah terulangnya  kerusuhan dua tahun yang lalu di ibukota Amman.

Kementerian terpaksa membuat  larangan setelah beberapa kelompok meminta izin untuk mengadakan perayaan Halloween.

Pada tahun 2012, Ikhwanul Muslimin terpaksa menyerang perayaan Halloween dan membakar sebuah kafe di mana pesta itu diadakan.

“Kami menyaksikan dengan jijik dan malu ketika malam homoseksual dan ritual syaitan diadakan di sebuah kafe di Amman. Ini merupakan suatu cabaran  bagi nilai-nilai rakyat Jordan dan identiti Arab dan Muslim mereka, serta hukum agama, “kata kelompok itu dalam sebuah pernyataan di laman mereka.
Mereka bahkan menuntut pihak penganjur diadili untuk ‘tindakan aneh tersebut .’ (JL/KH) sumber

HAMAS Seru Intifadah III

Hamas
Gerakan Pejuang Islam “Hamas” menyeru warga Palestin di wilayah Tebing Barat, untuk menjadikan hari Jumaat (31/10) sebagai hari kemarahan dan intifadah terhadap Israel.

Dalam seruannya pada hari Khamis (30/10), Hamas meminta warga Palestin di Tebing Barat tidak meninggalkan warga kota Jerusalem sendiri dalam mempertahankan Masjid al Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam.

“Tiba masanya warga Palestin di Ramallah dan Hebron untuk membalas darah syuhada yang tumpah oleh pasukan keamanan Israel,” tercatat Moataz Hijazi menjadi warga Palestina terakhir yang dibunuh pasukan Israel pada Khamis pagi, seperti disiarkan pejabat berita Timur Tengah.

Aksi tunjuk perasaan besar-besaran akan diadakan warga Tebing Barat yang akan dimulai dari depan Masjid Agung Qalandia, di bawah slogan “Kami semua pembelamu ya al Aqsa”.

Perlu diketahui bahwa Israel menutup penuh Masjid al Aqsa sejak Rabu (29/10) petang hingga waktu yang tidak ditentukan, setelah seorang Rabbi Yahudi ditembak akibat memimpin penyerbuan ke dalam Masjid. (Rassd/Ram) sumber

Al-Azhar Gantung Khidmat Syeikh Ahmad Karimah

Sheikh Ahmad KarimahPihak rektor universit Al Azhar menggantung perkhidmatan Sheikh Ahmad Karimah selama 3 bulan, setelah beliau pergi ke Iran tanpa izin dari universit, demikianmenurut rektor universiti Al-Azhar, Dr. Abdul Hai Azab.

Dalam keterangan Dr. Abdul Hai Azab kepada Middle East News Agency mengatakan “Sheikh Ahmad Karimah diberhentikan buat sementara, kerana kunjungan tanpa izin rasmi dari universiti dan tidak mengikuti prosedur yang berlaku untuk representasi lembaga keagamaan.”

Sebelumnya Sheikh Ahmad Karimah dalam wawancara di stesen “Al Kairo Wa Annas” mengatakan “Kunjungan saya ke Iran adalah peribadi bukan rasmi.”

Sheikh Ahmad menambahkan “Jika saya diundang oleh kelompok ateis atau Buddhis maka saya akan pergi, dan Al-Azhar tidak ada permusuhan dengan Syiah. Kerana ini adalah cara untuk penyebaran ilmu pengetahuan.”

Perlu diketahui Sheikh Ahmad Karimah adalah salah seorang ulama Mesir yang menyokong rampasan kuasa militer atas Ikhwanul Muslimin pada 2013 lalu. (Rassd/Ram) sumber

AFGHANISTAN - Presiden Ajak Taliban Berunding

BEIJING: Presiden baharu Afghanistan, Ashraf Ghani Ahmadzai mengajak Taliban supaya mengambil bahagian dalam proses perdamaian yang disokong masyarakat antarabangsa.

Bercakap pada satu sidang akhbar berhubung perdamaian dan usaha membangunkan semula Afghanistan hari ini, Ashraf bagaimanapun tidak merujuk kepada sebarang cadangan khusus.
"Keamanan adalah perkara utama kami. Kami menjemput pihak pembangkang politik, khususnya Taliban, agar mengambil bahagian dalam dialog mengenai Afghanistan, dan minta semua rakan di peringkat antarabangsa supaya menyokong proses perdamaian diketuai dan dimiliki sendiri oleh Afghanistan," katanya.

"Kita mesti berwaspada agar tidak membenarkan kumpulan tertentu daripada meneruskan ilusi untuk menggunakan negara ini sebagai medan pertempuran bagi menentang sistem antarabangsa," katanya.
Dalam ucapannya, pemimpin China, Li Keqiang berkata, China mempunyai keyakinan terhadap kemampuan Afghanistan untuk menyelesaikan masalahnya sendiri, dan negara jiran patut membantu mewujudkan suasana aman tanpa masuk campur dalam hal ehwal dalamannya.

"Masyarakat antarabangsa harus menghormati kedaulatan, kebebasan dan integriti wilayah Afghanistan, tidak mencampuri hal ehwal dalamannya dan menyokong usahanya untuk memperoleh keselamatan dan kestabilan," kata Li. - AP

Pemimpin China, Li Keqiang (kanan) bersalaman dengan Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani Ahmadzai pada majlis pembukaan Persidangan Peringkat Menteri Proses Istanbul di Afghanistan Beijing hari ini. - Foto AP