Monday, December 29, 2014

MALAYSIA - Penangguhan Sesi Persekolahan Tak Perlu Diganti

DUNGUN 29 Dis. - Sesi persekolahan 2015 yang ditangguh selama seminggu ekoran bencana banjir yang berlarutan dan meluas di beberapa negeri tidak perlu diganti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan demikian selepas meninjau keadaan banjir di sini tengah hari tadi. Sesi persekolahan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan bermula pada 11 Januari manakala negeri-negeri lain pada 12 Januari. -

sumber

Kelantan - 9 Mati Lemas, 4 Lagi Hilang

KOTA BHARU 29 Dis. - Seramai sembilan orang ditemukan mati lemas manakala empat lagi masih hilang sejak banjir melanda negeri ini dua minggu lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, tiga mangsa yang belum ditemukan dilaporkan hilang di Kuala Krai termasuk seorang bayi berusia setahun lebih manakala di Pasir Mas, seorang lagi yang masih hilang ialah kanak-kanak berusia tiga tahun. Katanya, sembilan mangsa yang sudah dijumpai dan disahkan mati lemas berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun dengan Kota Bharu melibatkan tiga mangsa, Pasir Mas (3), Tumpat (2) dan Kuala Krai (1).sumber

Kehilangan QZ8501 Mirip Pesawat Air France 2009

LONDON: Insiden kehilangan pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura, semalam sama seperti tragedi nahas pesawat Air France AF447 pada 2009, kata pakar penerbangan, Geoffrey Thomas.

Beliau berpendapat, juruterbang QZ8501 kemungkinan memandu pesawat pada kedudukan terlalu rendah ketika berdepan dengan cuaca buruk atau ribut.

"Juruterbang berkeyakinan, kru (QZ8501) bersedia menambah ketinggian untuk menghindari kemungkinan perkara buruk berlaku, namun menyedari ketika itu mereka terbang terlalu perlahan.

"Dengan kelajuan itu, mereka telah melengahkan aerodinamik (pergerakan pesawat di udara) seperti yang terjadi ketika hilangnya Air France AF447 pada 2009," katanya.

Pada 2009, pesawat Air France AF44 jatuh ke Lautan Atlantik dalam perjalanan dari Rio de Janeiro, Brazil ke Paris, Perancis.
Thomas menganggarkan, kelajuan QZ8501 adalah sekitar 100 knot, iaitu purata kelajuan dalam lingkungan 160 kilometer sejam.
"Terlalu lambat, ketika itu ketinggiannya juga sangat berbahaya," katanya.

Beliau berkata, Airbus A320-200 yang digunakan dalam penerbangan ini adalah sebuah pesawat canggih dan beliau berpendapat terputusnya hubungan pesawat itu adalah disebabkan faktor ribut.
"Pesawat ini 'terperangkap' dengan tarikan udara ke atas atau sesuatu seperti itu, sesuatu yang sangat sukar," katanya.

Beliau menjelaskan, pesawat itu juga terbang dengan kelajuan perlahan pada ketinggiannya ketika itu, dan udara terlalu tipis sehingga sayap pesawat tidak mampu berfungsi.
Dalam pada itu, Thomas berkata, radar pada pesawat berkenaan bukan produk terbaru dan ada kalanya bermasalah ketika berada dalam keadaan ribut yang berbahaya.

"Ada kemungkinan juruterbang terpedaya dengan keadaan itu."
Radar terbaharu yang diperkenalkan oleh Qantas pada 2002 itu katanya memiliki kemampuan pembacaan yang lebih lengkap terhadap ribut, namun radar itu belum diluluskan untuk digunakan Airbus A320-200 sebelum 2015.

"Ketika kita tidak mempunyai alat yang disebut dengan 'multi-skilled', kita harus meneliti data radar itu secara manual.

"Kita harus melihat tahap ribut itu, berapa tinggi kelembapan dan hujan di dalamnya, seterusnya kita membuat keputusan (secara) manual, boleh jadi ada kesalahan..dan itu yang terjadi," katanya. -AP/KOMPAS
  sumber

QZ8501 Mungkin Sudah di Dasar Laut

JAKARTA : Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang bersama 162 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi semalam berkemungkinan besar berada di dasar laut, kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia, Bambang Soelistyo.

"Berdasarkan koordinat yang dikemukakan dan penilaian, lokasi terhempas adalah dalam laut, kesimpulannya ialah pesawat berada di dasar laut.

"Itu adalah andaian awal dan ia boleh dibangunkan berdasarkan penilaian hasil carian kami," katanya pada sidang media pagi ini.

Sementara itu, menurut Metrotvnews.com, Bambang berkata Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) turut dikerah ke lokasi pencarian.

Beliau menjelaskan, BPPT mempunyai teknologi sonar yang dapat mengesan kehadiran logam jika pesawat QZ8501 ada di bawah laut.

"Mereka punya sistem sonar, boleh mengesan pada kedalaman sekitar 1000 hingga2000 meter," kata Bambang.

Dalam pada itu, Bambang menjelaskan operasi pencarian pada hari kedua akan di bahagi kepada tujuh sektor.

Katanya, seluruh kekuatan gabungan dari BASARNAS, Tentera Nasional Indonesia (TNI), BPPT, nelayan dan negara membantu, akan dikerahkan ke tujuh sektor itu.
- AFP/Metrotvnews
 sumber

Monday, December 22, 2014

JORDAN - 11 Dihukum Gantung Mati

AMMAN: Kerajaan Jordan menggantung sampai mati 11 lelaki atas kesalahan membunuh sekali gus menamatkan penangguhan hukuman gantung selama lapan tahun, kata Kementerian Dalam Negeri.
"Seramai 11 pesalah didapati bersalah atas pelbagai kes bunuh dihukum gantung sampai mati pada waktu Subuh," kata agensi berita Petra memetik jurucakap kementerian berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, kesemua itu adalah warga Jordan yang didapati bersalah atas tuduhan pada 2005 dan 2006.

Kali terakhir kerajaan negara itu melaksanakan hukuman gantung sampai mati ialah pada Jun 2006 dan 122 orang sudah dijatuhi hukuman mati.
 
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Hussein Majali mencadangkan hukuman gantung mungkin ditamatkan dan berkata, wujud "perdebatan besar" di Jordan berkaitan hukuman mati dan "orang awam percaya peningkatan kes jenayah adalah disebabkan oleh penangguhan" hukuman mati. 
 
Sejumlah negara di Asia Barat terus melaksanakan hukuman bagi jenayah berat termasuk jiran Jordan, Arab Saudi yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 83 orang sepanjang tahun ini.

Pemantau hak asasi manusia, Amnesty International dalam laporannya Mac lalu berkata, China muncul negara paling ramai melaksanakan hukuman mati tahun lalu membabitkan beribu-ribu orang, diikuti Iran, Iraq, Arab Saudi dan Amerika Syarikat. - AFP sumber

Interpol Keluar Waran Tangkap Qardhawi

KUALA LUMPUR: Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan waran tangkap terhadap sarjana Islam terkenal Dr Yusuf Al-Qaradawi selepas beliau dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan di Mesir.

Menurut laman web Interpol pada 5 Disember lalu, notis merah terhadap Yusuf, 88, dikeluarkan terhadap Al-Qaradawi selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir bagi pendakwaan dan sabitan hukuman kerana dituduh menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri dari penjara, aktiviti vandalisme dan kecurian.

Kerajaan Malaysia pernah menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah pada 2009.
Al-Qaradawi yang kini menetap di Qatar dituduh mempunyai kaitan dengan insiden kekecohan ahli kumpulan Ikhwan Muslimin di dalam penjara dan penentangan terhadap pemimpin diktator Hosni Mubarak.
Pemimpin kanan Ikhwan Muslimin, Mohamed Morsi yang dilantik menjadi Presiden Mesir pada tahun 2012 adalah antara individu yang berjaya melarikan diri ketika insiden berkenaan.

Terdahulu, Al-Qaradawi mengkritik kerajaan baharu Mesir selepas penyingkiran Morsi pada Julai 2013.
"Dari hari dia (Presiden baru, Abdel Fattah al-Sisi) dilantik, semua yang kita lihat adalah pembunuhan dan pertumpahan darah serta tahanan wanita diperkosa," kata Al-Qaradawi sebelum pilihan raya pada Mei lalu.
Sementara itu, pada Februari lalu, pegawai kanan Mesir menuntut Qatar mengekstradisi Al-Qaradawi.
Mereka juga mendesak Interpol supaya menahan Al-Qaradawi tahun lalu.

Menurut Global Muslim Brotherhood Daily Watch, Interpol mengeluarkan notis merah yang menunjukkan tahap berjaga-jaga paling tinggi dan memerlukan tindakan segera oleh agensi polis antarabangsa terhadap Al-Qaradawi.

Sementara itu, mengulas mengenai waran yang dikeluarkan oleh Interpol itu, Al-Qaradawi berkata, beliau terkejut dengan waran tangkap berkenaan yang menyatakan beliau bertanggungjawab terhadap beberapa kesalahan yang dilakukan di Mesir, beberapa tahun lalu.

Bercakap menerusi perbualan telefon dengan stesen televisyen Ikhwan Muslimin, Rab, minggu ini, pemimpin Islam kelahiran Mesir itu memberi maklum balas terhadap tuduhan berkenaan dengan berkata:
"Saya tidak tahu apa piawaian Interpol gunakan... Bagaimana saya mengambil bahagian dalam insiden kekecohan di penjara dan membebaskan tahanan ketika tinggal di Qatar? Saya membawa pasport Qatar dan menggunakannya semata-mata untuk perjalanan saya.

"Adakah saya meninggalkan Qatar dalam tempoh itu? Adakah saya ke Mesir dalam tempoh itu? Mereka boleh menyemak dan mengetahui bahawa saya tidak terbabit dalam perkara itu." - Agensi sumber

Friday, December 5, 2014

PALESTIN - Gaza Terancam Banjir


gaza banjir
Gaza City- Sejak awal bulan November, wilayah Palestin termasuk wilayah Jalur Gaza mulai memasuki musim dingin dan seperti biasanya musim dingin akan berlangsung hingga 4 bulan iaitu sampai bulan Mac tahun 2015.

Warga Jalur Gaza baru saja lepas dari cubaan iaitu agresi Israel yang berlangsung selama 51 hari dengan mengorbankan lebih dari 2,163 orang serta mencederakan lebih dari 11,000 orang, kini warga Gaza terpaksa menerima dugaan iaitu setiap tahun pada musim dingin mulalah banjir.

Sejak 5 hari lalu hujan turun dengan lebatnya menyebabkan ada kawasan yang dinaiki air setinggi 1 meter. sumber

IRAQ Harap Bantuan NATO


Jabouri, new speaker of Iraqi Council of Representatives, and Shi'ite deputy speaker Abadi, attend a news conference in BaghdadPerdana Menteri Haider al-Abadi mengungkapkan bahawa negaranya akan meneruskan 5 rancangan yang telah disusun koalisi internasional dalam perang melawan milisi Negara Islam (ISIS) Iraq.

Pernyataan ini dilontarkan PM Irak, Haider al-Abadi, dalam pertemuan dengan negara anggota koalisi antarabangsa yang diadakan di markas NATO di kota Brussel, Belgium, hari rabu (03/12).

5 rancangan tersebut adalah kelanjutan serangan udara koalisi terhadap ISIS, dukungan terhadap pasukan pemerintah Iraq dan milisi pro-Irak, menghentikan sumber-sumber pembiayaan yang di dapat, pencegahan ideologi ISIS, dan pembangunan kembali Iraq.

Dalam pertemuan tersebut, PM Irak juga menggadakan pertemuan khusus dengan Setiausaha Agung NATO dan mengatakan “Iraq secara rasmi akan meminta kontribusi aliansi (NATO) untuk pembangunan kembali Iraq.”

(Alarabiya/Ram) sumber

CHECHNYA - 20 Maut dalam Pertempuran di Grozny


Grozny-jihad-700x400Grozny -  Polis tempatan berbalas tembak dengan mujahidin Chencen yang melakukan serangan gerila di  ibukota Chechnya pada Khamis, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang. Pentadbiran di Grozny didukung oleh rejim Kremlin.

Dalam sebuah Situs Kavkaz Center, jurucakap kelompok mujahidin  Islam yang beroperasi di Kaukasus Utara, mengirim pesan video dari  seseorang yang mengaku bertanggung jawab atas serangan tersebut. Lelaki dalam video itu mengatakand ia beroperasi atas perintah dari Emir Khamzat, panglima perang Aslan Byutukayev.

Para pemberontak di Chechnya dan wilayah Kaukasus lainnya ingin membuat sebuah negara merdeka yang diatur oleh syariah Islam . Beberapa mujahidin  Kaukasus telah melakukan perjalanan ke Syria dan Iraq untuk bergabung dengan kelompok Negara Islam. Dan IS pun telah bersumpah suatu hari nanti akan  melancarkan serangan di Rusia.
sumber

MAJLIS Abu Zulfiqar


YAMAN - Al-Qaeda Ancam Bunuh Tebusan Amerika

DUBAI: Al-Qaeda di Yaman mengancam untuk membunuh seorang tebusan dari Amerika Syarikat yang meminta bantuan dalam video yang dikeluarkan oleh kumpulan jihad itu, lapor perisik SITE hari ini.
Tebusan terbabit berkata dia berusia 33 tahun dan diculik lebih setahun lalu di Sanaa dalam video bertarikh Disember 2014 itu.

Dalam video berkenaan, tebusan itu berkata dia ingin meminta pertolongan dan nyawanya kini dalam bahaya.
Agensi pemantau yang berpusat di Amerika Syarikat itu berkata wartawan foto terbabit diculik di ibu negara Yaman ini pada September 2013.

Video itu memaparkan mesej oleh Nasser bin Ali Al-Ansi, daripada al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), yang mengancam untuk membunuhnya tiga hari selepas kenyataan itu dikeluarkan sekiranya Washington gagal memenuhi tuntutan kumpulan terbabit.

"Sekiranya tuntutan ini tidak dipenuhi, tebusan Amerika yang ditahan oleh kami akan menemui nasib mereka," katanya tanpa mengulas lanjut mengenai tuntutan itu.

AQAP dianggap oleh Washington sebagai kumpulan berkaitan al-Qaeda yang paling bahaya. - AFP sumber


AS Dakwa IS Ada Kem Latihan di LIBYA

WASHINGTON: Amerika Syarikat kini sedang memerhati dengan dekat kem latihan milik Kumpulan Negara Islam (IS) di timur Libya, kata seorang komander tentera Amerika.

Jeneral David Rodriguez, yang mengetuai pasukan Amerika Syarikat di Afrika, berkata kem itu berkemungkinan sedang menjalankan latihan untuk ratusan anggotanya.

"Kami akan terus memantau dan melihat apa akan berlaku pada masa hadapan," kata Rodriguez.
Sebahagian besar kegiatan kumpulan IS itu adalah tertumpu di Syria dan Iraq.

Rodriguez bagaimanapun berkata penubuhan kem latihan IS itu masih di peringkat awal dan tidak mencerminkan sesuatu yang dilakukan dengan teratur. - AP sumber