Friday, January 30, 2015

IRAQ - 9 Maut dalam Siri Serangan

BAGHDAD 30 Jan. - Pegawai keselamatan Iraq menyatakan beberapa serangan bom dan tembak menembak yang berlaku di negara itu telah mengorban sembilan orang, termasuk tiga orang tentera di sekitar Baghdad.

Beberapa pegawai polis berkata, serangan pertama itu berlaku semalam apabila seorang lelaki bersenjata yang menaiki sebuah kereta yang dipandu laju, menembak anggota tentera yang mengendalikan pusat pemeriksaan di pinggir bandar Baghdad, lalu membunuh tiga anggota tentera dan mencederakan lapan yang lain.

Tidak lama kemudian, satu letupan bom berlaku di luar sebuah pasar lalu mengorbankan empat mangsa dan mencederakan 12 yang lain di bandar Youssifiyah, yang terletak 20 kilometers ke selatan pusat bandar. Polis berkata, sebutir bom meletus di atas sebatang jalan raya komersial di bandar Mahmoudiyah, mengakibatkan dua orang mati manakala 10 yang lain cedera. - AGENSIsumber

No comments: