Tuesday, January 27, 2015

MESIR - 2 Anak Mubarak Dibebaskan

KAHERAH: Dua anak lelaki Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak, dibebaskan dari penjara hari ini, hampir empat tahun selepas mereka ditahan bersama bapa mereka, menurut pihak berkuasa.
Pegawai keselamatan berkata, Alaa, seorang ahli perniagaan, dan Gamal, anak didik bapanya, dibebaskan dari Penjara Torah Prison di selatan Kaherah sejurus selepas fajar dan menuju ke kediaman masing-masing di kawasan mewah di pinggir Kaherah.

Dua beradik itu serta bapa mereka masih berhadapan perbicaraan semula berhubung pertuduhan rasuah. Mereka juga dilepaskan daripada beberapa pertuduhan.

Mubarak, 86, meletakkan jawatan pada Februari 2011 selepas desakan rakyat. Beliau dan dua anak lelakinya itu ditahan pada April tahun itu. Mubarak kekal di hospital tentera di pinggiran Kaherah.

sumber

No comments: