Wednesday, January 28, 2015

Obama Lawat Sekutunya Raja Salman

 RIYADH 27 Jan. – Presiden Barack Obama tiba di Arab Saudi, hari ini bagi merapatkan hubungan de­ngan Raja Arab Saudi yang baharu, Raja Salman serta menyampaikan ­ucapan takziah atas kemangkatan Raja Abdullah.

Pesawat Air Force One yang membawa Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di ibu negara Riyadh, dari India. Obama sebelum itu yang dalam rangka lawatan ke India, memendekkan lawatannya untuk melawat Arab Saudi yang merupakan sekutu kuat AS.

Televisyen Arab Saudi me­rakamkan Salman menyambut ketibaan Obama dan isteri Michelle dengan permaidani merah sebelum pancaragam angkatan tentera Arab Saudi memainkan lagu kebangsaan AS dan Arab Saudi. Putera Mahkota Moqren dan bekas Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Mohammed bin Nayef adalah antara pembesar Arab Saudi yang menyambut ketibaan Obama dan rombongan AS. Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Naimi turut hadir menyambut ketibaan Obama.

Presiden Obama kemudian menaiki limousin hitam menuju ke Istana di tengah kota Riyadh untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Salman. Salman, 79, menaiki takhta menggantikan Almarhum Raja Abdullah yang mangkat Jumaat lalu ketika berusia 90 tahun. –sumber

No comments: