Wednesday, February 18, 2015

38 Maut dalam Serangan Nekad di NIGERIA



KANO: Dua pengebom nekad Boko Haram didakwa melancarkan serangan di timur laut Nigeria mengakibatkan sekurang-kurangnya 38 terkorban semalam, kurang enam minggu menjelang pilihan raya negara itu.

Kumpulan pemberontak Islam itu dikatakan menyebabkan kelewatan pilihan yang sepatutnya 14 Februari lalu dan kerajaan berharap angkatan tentera mampu mengawal pertumpahan darah sebelum tarikh baru pilihan raya pada 28 Mac depan.

Namun, siri serangan terbaharu oleh pemberontak dalam negara serta kumpulan dari negara jiran dari Cameroon, Chad dan Niger memberi tekanan kepada pihak keselamatan bagi mengadakan pilihan raya yang aman.
Serangan di Borno menyaksikan tiga penyerang bermotosikal meledak bom di pusat pemeriksaan di perkampungan Yamarkumi berdekatan pekan Biu, kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan.
Serangan itu menyebabkan 36 orang maut manakala 20 lagi cedera, demikian menurut sumber di Hospital Besar Biu.

"Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak peminta sedekah dan gelandangan di pekan yang sesak dengan orang ramai," kata sumber berkenaan.

Kira-kira empat jam kemudian di Potiskum, the pusat ekonomi di negeri Yobe, seorang pengebom nekad meletupkan dirinya di dalam sebuah rangkaian restoran Al-Amin yang popular di utara Nigeria.

Pengurus restoran dan seorang pelayan lelaki terbunuh manakala 13 kakitangan dan pelanggan dilaporkan parah, demikian menurut pegawai polis dan sumber Hospital Besar Potiskum. - AFP

sumber

No comments: