Thursday, February 12, 2015

AS - 3 Muslim Ditembak Mati oleh Ateis

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai (dari kiri) Deah Shaddy
CHAPEL HILL 11 Feb. – Tiga sekeluarga Islam, ditembak mati oleh seorang lelaki berfahaman aties di rumah mereka di Carolina Utara, Amerika Syarikat, semalam. Portal berita independent.co .uk melaporkan, mangsa yang merupakan penganut Islam Amerika dikenali Deah Shaddy Barakat, 23, isterinya, Yusor Mohammad Abu Salha, 21, dan adik perempuan Yusor, Razan, 19. Deah yang baru sebulan berkahwin, merupakan pelajar jurusan perubatan pergigian di Universiti Carolina Utara dan sukarelawan yang membantu memberi rawatan pergigian percuma kepada kanak-kanak di Palestin.

Polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan pada pukul 5.11 petang di sebuah blok pangsapuri yang kebanyakannya diduduki oleh ahli akademik dan golongan profesional muda yang terletak di Summerwalk Circle di Chapel Hill. Kesemua mangsa dijumpai mati ditempat kejadian, manakala sebahagian penduduk di bangunan itu tidak menyedari insiden tersebut sehingga pihak polis tiba. Beberapa sumber memberitahu WRAL News, ketiga-tiga mangsa ditembak di kepala.

Suspek, lelaki tempatan dikenali sebagai Craig Hicks, 46, telah ditahan kerana disyaki membunuh ketiga-tiga mangsa dan akan dihadapkan ke mahkamah esok. Hicks menggambarkan dirinya sebagai golongan berfahaman aties di laman sosial Facebooknya sendiri dan kerap kali memuat naik beberapa gambar dan pesanan-pesanan yang mengkritik kesemua agama.

Kejadian itu mendapat kecam hebat pengguna Internet, yang turut memuat naik beberapa keping gambar baharu mangsa yang sedang belajar dan bermain bola keranjang. Sebahagian pengguna Internet membandingkan kejadian itu dengan insiden tembak-menembak di pejabat akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo di Paris. - sumber

No comments: