Wednesday, February 4, 2015

Bom Petrol, 7 Rentung di BANGLADESH

DHAKA: Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh apabila penunjuk perasaan antikerajaan melemparkan bom petrol ke arah sebuah bas sarat dengan penumpang yang sedang tidur di Bangladesh, hari ini.

Polis berkata, serangan itu berlaku berhampiran bandar Chuddogram timur negara itu.
Kematian dalam kejadian itu menjadikan angka korban yang dikaitkan dengan tunjuk perasaan yang dicetuskan oleh pemimpin pembangkang, Khaleda Zia meningkat kepada 53, bulan lalu, dengan beratus-ratus orang awam cedera yang kebanyakannya membabitkan letupan bom bas, lori dan kereta.

"Tujuh penumpang rentung dalam bas itu selepas bom petrol dilemparkan pada jam 4 pagi (waktu tempatan)," kata Ketua Polis daerah itu, Tuttul Chakrabarty.

"Peluang lima daripada penumpang berkenaan untuk hidup tidak dapat ditentukan apabila badan mereka terbakar antara 40 hingga 80 peratus. Mangsa sudah dipindahkan ke hospital di ibu negara," katanya.

Sekurang-kurangnya 10 orang turut cedera selepas mereka melompat keluar dari tingkap bas itu untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran, katanya. - AFP sumber

No comments: