Tuesday, February 17, 2015

JEPUN Tutup Kedutaan di YAMAN

TOKYO: Jepun hari ini menutup kedutaannya buat sementara di Yaman sekali gus menambah bilangan diplomat asing yang keluar ekoran kebimbangan terhadap keselamatan di negara itu susulan penguasaan kumpulan militan Syiah.

Operasi di kedutaan Jepun di Sanaa mula ditutup semalam selepas keadaan keselamatan yang semakin teruk di Yaman," menurut Kementerian Luarnya.

Kakitangannya kini sudah dipindahkan ke kedutaan Jepun di Qatar, dan mereka akan melakukan beberapa tugas.

Tokyo juga sudah menggesa rakyatnya untuk meninggalkan negara bergolak itu selepas tahap keselamatan dilaporkan semakin merosot.

Militan Huthi membubarkan kerajaan dan parlimen Yaman pada 6 Februari lalu selepas kumpulan itu bertindak merampas istana presiden dan beberapa bangunan utama kerajaan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon memberi amaran bahawa Yaman kini berpecah belah dan mengarahkan pengembalian kedudukan jawatan bekas presiden negara itu yang mendapat sokongan barat, Abedrabbo Mansour Hadi.

Arab Saudi minggu lalu mengumumkan bahawa semua kakitangan kedutaannya di Yaman sudah dipindahkan.

Langkah sama diikuti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Itali, Britain, Belanda, Emiriyah Arab Bersatu dan Sepanyol. -AP SUMBER

No comments: