Tuesday, February 10, 2015

JORDAN Pertingkat Serangan ke atas IS

AMMAN: Jordan mengumumkan lebih banyak serangan udara ke atas kumpulan Negara Islam (IS) yang didakwa membunuh salah seorang juruterbangnya, Maaz al-Kassasbeh, minggu lalu sebagai sebahagian tindakan bersepadu negara antarabangsa.

Panglima Tentera Udara, Mejar Jeneral Mansour al-Jobour, berkata negara itu melancarkan kira-kira 56 serangan udara ke atas IS sejak sejak Khamis lalu.

"Purata sehari kempen serangan, pasukan udara kami memusnahkan 19 sasaran termasuk kem latihan dan peralatan," katanya.

Jordan berikrar untuk memusnahkan IS selepas kumpulan berkenaan membakar hidup-hidup Kassasbeh, yang ditawan Disember lalu selepas pesawat tempurnya, F-16 ditembak jatuh di Syria.

Sebanyak 18 lagi sasaran termasuk depoh bahan letupan, minyak dan pusat logistik diserang, Jumaat lalu.
Sabtu lalu, 19 sasaran IS dimusnahkan termasuk berek anggota tentera dan pusat kediaman.

"Setakat ini, kempen serangan sudah memusnahkan 20 peratus keupayaan pertahanan Daesh (nama lain bagi IS).

Jordan adalah sebahagian daripada pakatan negara Arab dan Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara terhadap IS sejak September tahun lalu.

Media tempatan melaporkan, skuadron Emeriyah Arab Bersatu (UAE) menggunakan pesawat tempur F-16 tiba di Jordan, Sabtu lalu dengan diiringi juruterbang dan pasukan teknikal.

"Manakala pesawat pengangkut C-17 dan pesawat pembekalan minyak, adalah sebahagian daripada skuadron yang hantar atas perintah Putera Mahkota UAE Mohammed Zayed al-Nahayan," demikian menurut laporan agensi berita Petra. - AFP sumber

No comments: