Wednesday, February 18, 2015

MESIR Serang LIBYA, 64 Terbunuh

KAHERAH 17 Feb. - Sebanyak 64 anggota militan Negara Islam (IS) termasuk tujuh orang awam terkorban, semalam selepas kerajaan Mesir melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap kubu kuat kumpulan militan itu di Libya.

Agensi berita Al-Ahram memetik kenyataan jurucakap tentera Libya sebagai berkata, tiga pemimpin IS adalah antara yang terkorban dalam serangan yang menjadikan bandar Derna dan Sirte itu sebagai sasaran. Pesawat pejuang Mesir melancarkan serangan terhadap kem latihan tentera dan stor penyimpanan senjata IS ekoran tindakan kumpulan militan tersebut memuat naik video yang memaparkan 21 penganut Kristian Qibti warga Mesir dibunuh, kelmarin. Kesemua mangsa terbabit dilaporkan ditahan di bandar Sirte, Libya dalam dua serangan yang dilancarkan pada Januari dan Disember tahun lalu.

 Menurut saksi, sekurang-kurangnya tujuh serangan udara dilancarkan di Derna, yang menjadi kawasan utama aktiviti militan itu sejak pemerintah diktator Libya, Muammar Gaddafi dibunuh pada 2011. Dalam perkembangan lain, Kementerian Luar Mesir menguatkuasakan larangan perjalanan terhadap rakyatnya ke Libya selepas kejadian penyembelihan berkenaan. “Kami sudah menubuhkan sebuah jabatan tetap iaitu Jabatan Krisis di Kementerian Luar Mesir bagi menghadapi sebarang kemungkinan. “Terdapat beribu-ribu rakyat Mesir di Libya dan kami sedang menghubungi mereka secara terus atau melalui orang ketiga.

“Kerajaan turut mengadakan kerjasama dengan ketua-ketua kabilah bagi menjaga keselamatan mereka dan menyalurkan bantuan sewajarnya untuk membantu mereka pulang ke tanah air,” ujar Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan, yang dipetik agensi berita Xinhua. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesir-serang-kubu-is-1.60914#sthash.UQJYOlCn.dpuf
 
sumber

No comments: