Thursday, February 26, 2015

NIGERIA - 27 Maut dalam Letupan Bom



KANO, Nigeria: Dua letupan bom menggegar stesen bas di utara Nigeria menyebabkan sekurang-kurangnya 27 orang maut ketika keganasan terus berleluasa kurang lima minggu menjelang pilihan raya umum.
Letupan pertama mengakibatkan 17 orang mati di stesen di pinggir Potiskum, timur laut wilayah Yobe yang dilaporkan menjadi sasaran kumpulan militan Boko Haram.
Selang beberapa jam kemudian, dua lelaki meletupkan diri mereka selepas keluar dari sebuah bas di terminal yang sibuk di Kano, bandar terbesar di utara dan satu lagi sasaran kumpulan berkenaan. Seramai 10 orang terkorban.

Presiden Goodluck Jonathan berkata, pihak tentera berjanji melumpuhkan pergerakan kumpulan militan itu.
"Presiden memberi jaminan kepada seluruh rakyat Nigeria dan penduduk di wilayah timur laut terutamanya, bahawa hari untuk berkabung bagi mangsa serangan pengganas di negara ini akan berakhir dan keadaan semakin sukar di pihak Boko Haram," kata kenyataan pejabat presiden.
Kumpulan militan Nigeria itu didakwa bertanggungjawab terhadap 13,000 kematian sejak 2009 dan dalam tempoh beberapa minggu ini sedang meningkatkan pengaruh mereka di negara jiran sekali gus menimbulkan kebimbangan berlaku krisis serantau. - AFP sumber

No comments: