Thursday, February 12, 2015

Pelik - Kembar Lahir Selang Dua Bulan

BUCHAREST 11 Feb. - Seorang wanita Romania menggemparkan dunia perubatan apabila dia melahirkan bayi kembar keduanya selang dua bulan selepas bayi pertamanya dilahirkan. Mail Online yang memetik portal berita Romania Insider melaporkan, wanita berusia 41 tahun yang tidak dinamakan itu, melahirkan anak perempuan pertamanya yang pramatang secara normal pada bulan November lalu sebelum kontraksinya kemudian terhenti. Lebih menarik, ibu itu melahirkan anak perempuan keduanya pada bulan lalu secara pembedahan, sekali gus menjadikan bayi kembarnya tidak seirasnya dilahirkan pada tahun berbeza.

Anak pertamanya dilahirkan ketika usia kandungan wanita itu mencecah tujuh bulan selepas dia mengalami tanda-tanda melahirkan, namun selepas kontraksinya terhenti, doktor menasihatkan dia membiarkan anak keduanya membesar di dalam kandungannya. Bayi kembar itu dilahirkan di Hospital Cantancuzino, di sini. “Kejadian ini amat jarang berlaku. Saya sendiri tidak tahu bagaimana kontraksi boleh terhenti selepas bayi pertama dilahirkan,’’ kata Dr Adrian Sorin Craciun.

Bayi kembar itu masing-masing dilahirkan dengan berat hanya 900 gram dan satu kilogram. Mereka berdua tinggal di hospital sehingga penghujung bulan lalu dan berat badan bayi pertama pada ketika itu mencapai 2.2 kilogram dan 2.9 kilogram bagi bayi kedua. -sumber

No comments: