Friday, February 6, 2015

Perintah Berkurung di Baghdad Ditarik Balik

BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengarahkan perintah berkurung waktu malam yang dikuatkuasakan di Baghdad selama bertahun-tahun ditamatkan, kata Brigadier Jeneral Saad Maan hari ini.
"Perdana Menteri mengarahkan perintah berkurung di bandar raya Baghdad ditarik balik sepenuhnya bermula Sabtu ini," kata Maan, jurucakap bagi Pusat Operasi Baghdad.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas Abadi melawat pusat operasi dan diberi taklimat mengenai keadaan keselamatan dan status operasi.

Penamatan perintah berkurung itu dilihat sebagai perubahan besar kepada dasar yang sudah lama dirancang bertujuan untuk membendung keganasan di ibu negara berkenaan dengan mengehadkan pergerakan atau aktiviti pada waktu malam.

Waktu perintah berkurung telah diubah dalam beberapa tahun, tetapi yang terbaharu ditetapkan dari tengah malam sehingga 5 pagi.

Keputusan supaya perintah berkurung itu ditamatkan dibuat apabila pasukan tentera Iraq berjuang untuk mendapatkan semula kawasan mereka daripada kumpulan militan Negara Islam (IS), dengan membabitkan kawasan yang luas dan kebanyakannya di utara dan tarat Baghdad. - AFP sumber

No comments: