Tuesday, February 17, 2015

QATAR - Demo Bantah Pembunuhan 3 Muslim di AS

Sebahagian peserta perarakan di Doha, Qatar kelmarin, menurunkan

DOHA 16 Feb. – Kira-kira 1,000 orang menyertai perarakan perpaduan berikutan pembunuhan tiga pelajar Islam warga Amerika Syarikat oleh lelaki tempatan berkulit putih, dalam satu kejadian disifatkan penduduk Qatar sebagai ‘tindakan pengganas’.

Mereka berarak sambil me­ngibarkan kain rentang yang me­ngatakan tertera ‘Hentikan jenayah berasaskan kebencian agama’, ‘perpaduan’ serta ‘Kami semua berhak untuk hidup tanpa kebencian’. Perarakan itu turut disertai Duta Amerika Syarikat ke Qatar, Dana Shell Smith, yang menzahirkan perasaan menentang sebarang jenis kebencian melalui laman sosial Twitternya.

Perhimpunan sedemikian jarang diadakan, terutamanya di Qatar yang tidak menggalakkan perarakan seumpamanya dilaksanakan. Deah Shaddy Barakat, 23, iste­ri­nya, Yusor Mohammad Abu-Salha, 21, dan adik perempuanya Razan, 19, dibunuh oleh Craig Hicks di Universiti North Carolina di Chapel Hill, Rabu lalu. Hicks 46, dipercayai membenci Islam, berdasarkan status di laman sosial Facebooknya yang menunjukkan berpuluh-puluh kenyataan mengenai kebenciannya terhadap agama itu, Kristian, dan Mormon.

Pihak polis berkata, jenayah itu disebabkan oleh pertikaian tempat letak kereta, tetapi keluarga mang­sa mendakwa kejadian tersebut berasaskan kebencian agama. Hicks disabit kesalahan atas pembunuhan tiga mangsa tersebut. – AFP sumber

No comments: