Thursday, February 12, 2015

SWEDEN Bantu PALESTIN RM643 Juta

STOCKHOLM 11 Feb. – Sweden mengumumkan pakej bantuan kewangan bernilai 159 juta euro (RM643 juta) kepada Palestin, susulan lawatan Presiden, Mahmoud Abbas buat pertama kali ke ibu negara ini sejak tahun 2009, semalam.

Perdana Menteri Sweden, Stefan Loefven yang mengakui Palestin sebagai sebuah negara pada Oktober lalu berkata, setiap pengiktirafan yang diberikan perlu disertakan dengan sikap ‘bertanggungjawab’. “Bagi kami, Palestin merupakan sebuah negara yang merdeka. Harapan kami terhadap Palestin dan kepemimpinan Mahmoud adalah tinggi. “Tidak wujud sebarang percanggahan antara mejalinkan hubungan baik dengan Palestin dan mempunyai hubungan rapat dengan Israel,” jelas Loefven.

Tindakan Sweden yang menjadi negara pertama dari Eropah barat mengiktiraf Palestin, mendapat bantahan daripada Israel, yang bertindak memanggil pulang dutanya di sini. Sementara itu, Mahmoud yang tiba di Stockholm lewat malam semalam bagi mengucapkan terima kasih kepada Sweden berhubung penyaluran dana itu berharap, lebih banyak negara akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka. – AFP sumber

No comments: