Wednesday, February 4, 2015

SYRIA - 44 Maut Dalam Serangan Tentera

DAMSYIK 3 Feb. – Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh apabila tentera Syria melancarkan serangan udara di bandar-bandar yang dikuasai kumpulan penentang kerajaan di wilayah selatan negara ini, semalam.

 Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, sebanyak 16 orang awam terbunuh, manakala 25 orang lagi cedera dalam empat serangan udara di Jassem, barat Daraa. “Seperti biasa, tentera Syria melancarkan serangan ke kawasan penduduk bagi memastikan sokongan awam kepada kumpulan penentang berkurangan.

 “Kumpulan penentang semakin menguasai wilayah Daraa. Kebanyakan kawasan di barat wilayah itu kini dikawal kumpulan itu,’’ kata Pengarah badan hak asasi itu, Rami Abdel Rahman. Penentang kerajaan yang cuba menggulingkan Presiden, Bashar al-Assad mengalami kekalahan di tangan tentera, namun kekuatan mereka di Daraa masih tidak tergugat.

 Penglibatan jaringan al-Qaeda dari Syria, Barisan al-Nusra juga membantu kumpulan penentang menguasai Daraa. Badan Pemantau Hak Asasi Syria menyatakan, serangan udara di Douma, timur Damsyik pula menyaksikan 10 orang awam terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi ce-dera.

“Di Khan Sheikhun, Idlib, sebanyak 15 orang termasuk bekas pegawai tentera yang berpaling tadah, maut. “Sebanyak tiga lagi maut dalam beberapa serangan udara di Aleppo, Damsyik dan Busra al-Sham, Daraa,’’ jelas badan hak asasi tersebut. – AFP sumber

No comments: