Thursday, February 26, 2015

TURKI - 2 Jet Pejuang Terhempas, 4 Askar Maut

ANKARA: Empat askar Turki terkorban apabila dua jet pejuang terhempas di wilayah Malatya, tenggara negara itu, kata tentera hari ini.

Angkatan tentera negara itu berkata, pihaknya terputus hubungan dengan dua jet RF-4E ketika menjalankan latihan penerbangan pada sebelah malam.

"Operasi mencari dilaksanakan dengan segera. Bangkai dua jet itu sudah ditemui dan malangnya empat juruterbang terkorban," katanya.

Katanya, dua jet berkenaan terhempas akibat kemalangan tetapi tidak memberikan maklumat lanjut punca atau mengapa jet terbabit terhempas serentak.

Setiap jet itu dilaporkan membawa seorang juruterbang dan seorang pembantu juruterbang. Tiada sesiapa yang terselamat.

Stesen televisyen swasta, NTV melaporkan, anggota penyelamat dan helikopter serta anggota bomba dan ambulans digerakkan ke tempat kejadian selepas terdengar letupan.

Kabus tebal menyukarkan kenderaan untuk sampai ke tempat kejadian. - AFP sumber

No comments: