Friday, February 6, 2015

UAE Tarik Diri daripada Serang IS

WASHINGTON: Emiriah Arab Bersatu (UAE) menarik diri daripada pakatan serangan udara terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria selepas juruterbang Jordan yang ditangkap dan kemudiannya dibunuh, kata pegawai Amerika Syarikat (AS).

UAE menarik diri daripada pakatan serangan udara itu selepas juruterbang berkenaan jatuh ke tangan IS pada Disember lalu.

Bagaimanapun, pegawai itu berkata, negara Teluk Arab itu masih menawarkan akses kepada pangkalan udara utama untuk pesawat AS dan negara lain untuk melaksanakan pakatan berkenaan.

"Saya boleh mengesahkan bahawa UAE menggantung serangan udara selepas pesawat yang dikendalikan juruterbang Jordan itu terhempas," kata pegawai berkenaan.

"Tetapi saya boleh jelaskan bahawa UAE akan terus menjadi rakan penting dan berharga yang menyumbang kepada pakatan itu," katanya yang tidak mahu identiti beliau disiarkan.

Pada Selasa lalu, puak pelampau IS menyiarkan rakaman video menunjukkan anggota Tentera Udara Jordan, Maaz al-Kassasbeh, dibakar hidup-hidup.

Pegawai itu berkata, disebabkan kebimbangan terhadap kru udaranya, UAE membangkitkan kemampuan unit mencari dan menyelamat AS di rantau terbabit.

Osprey digunakan untuk misi menyelamat berikutan keupayaan aset itu yang mampu berlepas seperti helikopter tetapi terbang dengan kelajuan seperti kapal terbang. - AFP sumber





No comments: