Thursday, February 26, 2015

YAMAN - Huthi Ambil Alih Lapangan Terbang

SANAA 25 Feb. – Kumpulan lelaki bersenjata Huthi mengambil alih kawalan ke atas pangkalan tentera khas di ibu negara ini, Sanaa awal pagi ini selepas berlaku pertempuran yang menyaksikan 10 orang terbunuh.

Pertempuran yang berlangsung selama enam jam tersebut bermula lewat malam tadi apabila kumpulan Huthi menyerang kem berkenaan menggunakan senjata berat.

Sumber tentera berkata, askar itu dilatih oleh Amrika Syarikat (AS dan kelengkapan di pangkalan tersebut disediakan oleh AS sebagai pasukan elit antikeganasan ketika pentadbiran bekas Presiden, Ali Abdullah Saleh yang digulingkan ketika kebangkitan rakyat pada 2011.

Kumpulan pemberontak Huthi merampas pentadbiran Sanaa pada September lalu, menyebabkan Presiden Yemen, Abdrabuh Mansur Hadi berundur ke Aden pada minggu ini. Pegawai AS melahirkan kebimbangan pentadbiran Huthi yang anti-AS akan mengancam usaha antikganasan di negara ini yang berkongsi sempadan dengan Arab Saudi.

Negara-negara jiran Yemen turut mengkiritik rampasan kuasa oleh kumpulan Huthi dan ketua Majlis Kerjasama Teluk, Abdullatif al-Zayyani tiba di Aden untuk bertemu Hadi, hari ini bagi membincangkan situasi itu. Perebutan kuasa antara pemberontak Huthi di Sanaa dan Abdrabuh di Aden menimbulkan keraguan krisis Yemen boleh diselesaikan dengan aman melalui rundingan tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Huthi semalam berkata, Abdrabuh tidak lagi merupakan ketua negara ini dan kini diburu sebagai penjenayah. – Reuters sumber

No comments: