Wednesday, March 11, 2015

Akhbar Charlie Hebdo Dapat Anugerah Islamophobia of the Year

Akhbar Charlie Hebdo "dianugerahkan" award “Islamophobia of the Year” oleh Kelompok Muslim Britain. Komisi Hak Asasi Islam (IHRC) menganugerahi akhbar Perancis itu sebagai publikasi atau orang paling islamophobia di dunia.

Charlie Hebdo memenangi penghargaan itu setelah mengalahkan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Presiden AS Barack Obama dan pengacara televisyen AS Bill Maher.

Beberapa pihak mengatakan award tersebut tidak sesuai disematkan pada Charlie Hebdo kerana 12 stafnya terbunuh ditembak tahun ini. Namun, IHRC menganggap award tersebut sebagai humor.

“Anugerah Islamophobia tahunan telah dikenal sebagai humor bagi orang yang menyebarkan kebencian terhadap Muslim,” ujar jurucakap IHRC, seperti yang dikutip dari standard.co.uk, Selasa (10/3).

“Kenyataannya, jika orang menganggap Muslim menjadi objek satira, kenapa Muslim juga tidak memberikan hal tersebut?” ujar Kepala IHRC, Massoud Shadjareh, pada IBTimes UK.

 “Mereka menjadikan Muslim sebagai objek kerana Muslim dianggap mudah marah dan tak memiliki selera humor. Kenyataanya kami memilikinya,” ujarnya.(rz) sumber

No comments: