Tuesday, March 31, 2015

BANGLADESH - Penulis Blog Ateis Ditetak Mati

Mayat Washiqur Rahman diletakkan di sebuah rumah mayat di Kolej

DHAKA 30 Mac – Seorang lagi penulis blog, ditetak hingga mati hari ini dengan polis menahan dua suspek dalam serangan terbaharu yang menjadikan penulis bebas sebagai sasaran. Tiga lelaki dilapor menyerang Washiqur Rahman, 27, berhampiran rumahnya pagi ini, beberapa minggu selepas seorang penulis blog ateis kelahiran Amerika Syarikat (AS) dibunuh dengan parang di Dhaka, bulan lalu, jenayah yang mencetuskan kemarahan antarabangsa.

“Mangsa diserang kira-kira 460 meter dari rumahnya di kawasan Begunbari di Dhaka,’’ kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Wahidul Islam. Beliau berkata, penyerang bertindak menetak kepala dan leher mangsa menggunakan pisau dan sejurus mangsa rebah, mereka bertindak menetak badannya pula. Seorang rakan penulis berkata, Washiqur merupakan penulis blog ateis yang menulis tentang fundamental agama di Facebook.

Wahidul dalam pada itu berkata, dua suspek ditahan ketika mereka cuba melarikan diri dari lokasi kejadian, manakala suspek ketiga berjaya melarikan diri dengan polis menemukan tiga bilah pisau di lokasi tersebut. – AFP

sumber

No comments: