Thursday, March 12, 2015

Beli Rumah, Dapat Isteri Percuma



SLEMAN, Indonesia: Satu iklan rumah untuk dijual di Indonesia menjadi viral selepas pemiliknya menawarkan hadiah tambahan luar biasa secara percuma iaitu berkahwin dengannya.

Iklan di internet itu adalah perkara biasa dengan tertulis rumah teres satu tingkat untuk dijual, mempunyai dua bilik tidur, dua bilik air, tempat parkir yang luas dan kolam ikan.

Bagaimanapun, iklan itu turut menawarkan kepada pembeli "tawaran yang jarang-jarang" - "apabila anda membeli rumah ini, anda boleh bertanya kepada pemilik untuk berkahwin dengan anda," dengan gambar Wina Lia, 40, seorang janda dan pemilik salon kecantikan, berdiri di tepi kereta di depan rumahnya.

Iklan itu menyebut bahawa terma dan syarat dikenakan dan nota tawaran itu adalah "untuk pembeli yang serius dan tidak boleh dirunding."

Rumah terletak di Sleman, pulau Jawa itu dijual pada harga 999 juta rupiah (AS$75,000).

Berita mengenai tawaran itu dengan pantas tersebar di kalangan pengguna internet di negara yang taksub dengan media sosial.

Boldies99, seorang pengguna forum popular Kaskus, berkata Lia sebenarnya "agak bijak walaupun rumah itu akan dijual, dia kekal sebagai pemilik."

Lia berkata, dirinya "terkejut dengan reaksi yang diberikan", apabila dimaklumkan bahawa beliau gembira dengan wartawan yang datang untuk menemuramahnya dan polis di negara yang majoriti umat Islam turut bertanya soalan.

"Polis datang untuk mengesahkan berita itu dan mereka anggap iklan itu tidak sesuai. Tapi saya terangkan bahawa ia bukan idea saya," katanya.

Ibu kepada dua anak itu berkata, beliau meminta seorang kawan yang juga ejen hartanah supaya membantu untuk mencarikan pembeli dan masa yang sama sedang mencari seorang suami tetapi menjangkakan ia hanya dihebahkan kepada sejumlah orang tertentu dan bukannya sebagai iklan online.

"Saya beritahu kawan itu yang juga bekerja sebagai ejen hartanah sekiranya ada orang bujang atau duda yang ingin membeli rumah dan waktu yang sama mencari isteri, mereka boleh beritahu saya kerana saya seorang janda," katanya.

Katanya, hanya terdapat seorang pembeli berpotensi yang datang melihat kediaman itu tetapi enggan memberikan butiran lanjut. - AFP sumber

No comments: