Tuesday, March 24, 2015

INDONESIA Pertikai Tuntutan CHINA



JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata tuntutan China terhadap majoriti kawasan di Laut China Selatan tiada asas dalam perundangan antarabangsa.

Bagaimanapun, beliau berkata, Jakarta tetap mahu kekal sebagai 'broker yang jujur' menyelesaikan isu pertikaian wilayah, antara yang paling rumit di rantau ini, katanya dalam satu temuramah dengan sebuah akhbar Jepun menjelang lawatannya ke China dan Jepun.

Kenyataan itu adalah yang pertama daripada Widodo mengenai isu di Laut China Selatan sejak menjadi Presiden pada Oktober.

China menuntut 90 peratus daripada kawasan di Laut China Selatan, yang dipercayai kaya dengan sumber galian terutama minyak dan gas. Brunei, Malaysia, Filipina, Vietnam dan Taiwan turut menuntut sebahagian daripada kawasan itu yang menjadi laluan perkapalan bernilai lebih AS$5 trilion setiap tahun. 

Tuntutan kawasan di laut itu dilihat antara isu utama di Asia, mendedahkan negara di rantau ini kepada konflik jika ada mana-mana negara yang lebih agresif dalam tuntutan mereka.

"Kita perlukan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Pasifik. Adalah penting untuk mempunyai kestabilan keselamatan dan politik supaya kita dapat terus memacu pertumbuhan ekonomi," katanya dalam temuramah dengan akhbar Yomiuri.

"Sembilan garis putus-putus yang China dakwa sebagai tanda sempadan maritim tidak ada asas dalam perundangan antarabangsa," katanya.

China membuat tuntutannya sebagai wilayahnya menerusi tanda sembilan garis putus-putus yang merangkumi kira-kira 90 peratus daripada 3.5 juta kilometer Laut China Selatan di peta China.

Sementara itu penasihat dasar luar Widodo, Rizal Sukma berkata, Presiden tidak menafikan keseluruhan tuntutan China di Laut China Selatan tetapi hanya berhubung sembilan garis putus-putus yang menjangkau jauh ke kawasan maritim Asia Tenggara.
"Kami skokong 'Code of Conduct (Laut China Selatan) dan juga dialog antara China dan Jepun, China dan ASEAN.sumber

No comments: