Tuesday, March 31, 2015

KASHMIR - Tanah Runtuh di Himalaya , 10 Maut

Seorang wanita sakit diangkat menggunakan papan dari rumahnya

SRINAGAR 30 Mac – Satu kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan Himalaya Kashmir yang dikuasai India, menimbus sekurang-kurang­nya 10 orang semasa mereka sedang tidur, ketika hujan luar biasa me­landa India di luar musim.

Ratusan penduduk bertindak meninggalkan rumah masing-masing selepas sungai utama Kashmir mula melimpahi tebing dengan jabatan kaji cuaca meramalkan hujan lebat berterusan di wilayah itu. Satu kejadian tanah runtuh berlaku, menimbus sebuah rumah di Kampung Ledhan kira-kira 40 kilometer dari ibu negeri Srinagar, pagi ini, menghempap tiga keluarga yang nyenyak tidur. Tentera dan polis dilapor menggunakan jengkaut dan penyodok bagi mengeluarkan mangsa.

“Peluang untuk menemukan mangsa yang masih hidup nampak mustahil,’’ kata jiran mangsa, Mushtaq Ahmad. Jurucakap polis tempatan, Fayaz Ahmad Lone berkata, sebanyak 10 orang tertimbus di dalam rumah berkenaan dengan penduduk mengandaikan jumlah korban mungkin lebih tinggi. India sedang dilanda musim hujan luar biasa ekoran perubahan iklim global, satu kajian tentang data 50 tahun oleh Institut Meteo­rologi Tropikal India. – REUTERS sumber

No comments: