Tuesday, March 3, 2015

LIBYA - Lapangan Minyak Dibedil

BENGHAZI, Libya: Kumpulan militan di Libya membedil lapangan minyak Bahi dan Mabrouk, menyebabkan kerosakan saluran paip ke pelabuhan minyak Es Sidra, menurut jurucakap pihak keselamatan yang menjaga prasarana tenaga itu.

Anggota militan yang menyokong kumpulan IS itu mendakwa mereka melancarkan beberapa serangan sebelum ini terhadap lapangan dan saluran paip minyak di Libya yang menjadi rebutan dua kumpulan pesaing kerajaan.

Jurucakap Perbadanan Minyak Negara tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan. - Reuters sumber

No comments: