Thursday, March 12, 2015

MISTERI - Suara Siapakah yang Menyelamatkan Bayi Itu?

Anggota polis Spanish Fork, Tyler Beddoes (kiri) dan Jared Warner

NEW YORK 11 Mac – Anggota polis Amerika Syarikat (AS) yang menyelamatkan seorang bayi 18 bulan daripada maut di Utah, dilapor masih kebingungan tentang kehadiran ‘suara seorang wanita misteri’ meminta tolong, dari dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di sebatang sungai di bandar Spanish Fork, Sabtu lalu. Bagaimanapun, apabila kerja-kerja mengeluarkan kereta itu dari dalam air dilakukan, mereka mendapati hanya bayi itu, Lily Groesbeck menjadi satu-satunya penumpang yang masih hidup selepas 14 jam kemalangan berlaku. Ibu bayi itu, Lynn Jennifer, 25, dipercayai meninggal dunia sejurus kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terhumban ke dalam sungai, sekali gus adalah mustahil bagi wanita tersebut meminta tolong orang ramai supaya menyelamatkan anaknya.

“Selama dua malam saya terjaga bagi mencari kepastian akan perkara sebenar yang berlaku. “Apa yang saya tahu, suara itu memang ada dan kami semua mendengarnya, sekali gus menjadi motivasi tambahan buat kami,’’ kata anggota polis dari Spanish Fork, Tyler Beddoes sebagaimana lapor Mail Online, kelmarin.

Beddoes berkata, dia dan tiga rakannya yang lain tetap me­negaskan bahawa mereka tanpa ragu-ragu mendengar suara yang sama, namun masih gagal menjelaskan perkara itu. Malah, masih tiada siapa yang tahu bagaimana bayi itu terselamat meskipun ditemukan dalam keadaan terbalik selama 14 jam tanpa makan dan minum di tempat duduknya di bahagian belakang kereta.

“Suara itu membuatkan saya betul-be­tul bingung,’’ katanya. Polis percaya, kemalangan itu berlaku selepas Lynn merempuh penghadang pada sebuah jambatan sebelum kereta jenis Dodge itu terhumban ke dalam sungai Jumaat lalu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengunjungi rumah bapanya di Salem. Lily kini beransur pulih dan sudah mampu menyanyi bersama datuknya. sumber

No comments: