Tuesday, March 31, 2015

Parlimen KANADA Lulus Serangan ke atas IS



TORONTO: Ahli Parlimen Kanada mengundi menyokong rancangan kerajaan untuk menyerang kedudukan kumpulan IS di Syria, langkah yang disifatkan pembangkang sebagai bakal mengheret Kanada ke kancah peperangan yang berlanjutan.

Dewan Rakyat meluluskan pelan dengan undi 142-129.

Keputusan itu sudah dijangkakan kerana parti Konservatif yang memerintah itu memiliki majorit dalam Dewan.

Undian itu juga meluluskan perlanjutan misi enam bulan Kanada untuk selama setahun lagi sehingga Mac tahun depan.

Kanada mempunyai kira-kira 70 anggota pasukan khas di utara Iraq dan enam pesawat perang yang mengambil bahagian dalam serangan yang diketuai Amerika Syarikat ke atas kumpulan IS di Iraq.
Perdana Menteri, Stephen Harper, minggu lalu berkata Kanada perlu menyerang kawasan selamat IS di Syria.

Kaji selidik menunjukkan Harper akan menghadapi kesukaran untuk mengekalkan kuasa pada pilihan raya Oktober depan.

Parti Demokrat Baharu dan Liberal - dua parti pembangkang utama - menyatakan serangan Kanada di Syria hanya akan memperkukuhkan kedudukan Presiden Bashar al-Assad. - Reuters sumber

No comments: