Tuesday, March 3, 2015

PEGIDA Mengamok di Eropah

NEWCASTLE 1 Mac. – Berlaku pertempuran ganas di jalan-jalan utama di Newcastle, di sini apabila beratus-ratus penunjuk perasaan yang pro kumpulan anti-Islam yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Patriotik Eropah Menentang Pengislaman Barat (PEGIDA) dengan kira-kira 2,000 anggota daripada kumpulan penentang yang turut mengadakan protes, semalam.

Kumpulan penentang itu menjerit ke arah kira-kira 400 penyokong PEGIDA, dan berlaku pergaduhan ketika kedua-dua kumpulan bertembung ketika menuju ke tengah bandar. Kumpulan penentang itu yang mengadakan demonstrasi diketuai anggota Parlimen Bradford West, George Galloway membantah perarakan anti-Islam itu dengan menggelarkan kumpulan PEGIDA sebagai sebuah ‘kumpulan Nazi Jerman’.

 Polis Northumbria berkata, sebanyak lima orang ditahan kesemua anggota PEGIDA atas pelbagai kesalahan termasuk disyaki terlibat melakukan serangan, berkeadaan mabuk dan berkelakuan tidak senonoh serta melanggar undang-undang.

 Seorang lelaki, 37, dari Newcastle ditahan kerana melakukan serangan, manakala dua lagi berusia 43, dan 54 tahun ditahan kerana disyaki mabuk dan berkelakuan tidak senonoh, manakala dua lagi yang ditahan adalah seorang remaja berusia 17 tahun dan lelaki berusia 20 tahun dari Halifax kerana mencetuskan huru-hara.

PEGIDA yang ditubuhkan pada Oktober lalu mengadakan bantahan bukan sahaja terhadap Islam, malah terhadap media yang digelar sebagai penipu serta ahli politik yang didakwa menggugat budaya Kristian Jerman, dan sebelum ini telah beberapa kali mengadakan perarakan di beberapa bandar di Dresden. Bagaimanapun, perarakan yang cuba dianjurkan di bandar-bandar lain gagal menarik perhatian, setelah seorang daripada pemimpin kumpulan itu digambarkan berlagak sebagai Hitler. – REUTERS sumber

No comments: