Tuesday, March 10, 2015

SAUDI Paling Banyak Beli Senjata AS


tank-tank saudi

 Sebuah badan pengamat dari Colorado “HIS” menyatakan bahawa Kerajaan Arab Saudi menduduki tempat pertama dunia dalam pembelian senjata dari AS, meskipun negara kaya minyak tersebut bukan dalam suasana berperang.

Dalam laporan IHS yang dikeluarkan pada Isnin (09/03) lalu menyatakan bahawa pada tahun 2015 ini belanja persenjataan Arab Saudi akan meningkat menjadi US $ 9.8 billion untuk membeli senjata dari AS, atau meningkat 52% dari tahun sebelumnya.

Anggaran tersebut lebih besar dari gabungan belanja senjata negara-negara di Eropah Barat yang diperkirakan akan menghabiskan US $ 8.7 billion.

Tercatat pada tahun 2014 lalu Arab Saudi telah menghabiskan dana sebesar US $ 6.5 billion untuk membeli senjata dari AS. (Rassd/Ram) sumber

No comments: