Tuesday, March 31, 2015

SYRIA - Kanak2 IS Penggal Kepala Tawanan?

Kanak-kanak bersenjatakan raifal dipercayai anggota militan IS

BEIRUT 30 Mac - Kanak-kanak yang me­nyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria dilapor menjadi tumpuan utama dalam satu video propaganda terbaharu kumpulan itu di media sosial yang dipercayai telah memenggal lapan tawanan lelaki.

Video terbaharu itu, yang dimuat naik di media sosial, semalam dipercayai menunjukkan anggota IS memenggal kepala lapan lelaki yang didakwa pengikut Syiah dalam satu kejadian di wilayah Hama, tengah Syria. Menerusi klip itu, lapan lelaki memakai sut jingga dipercayai pengikut Syiah dengan mata ditu­tup, tangan terikat di belakang, di­iring sekumpulan kanak-kanak lelaki yang bersenjatakan raifal. Kumpulan kanak-kanak itu kemudiannya menyerahkan lapan tahanan tersebut kepada anggota kumpulan berkenaan yang memakai topeng dengan setiap anggota bertopeng diberikan sebilah pisau oleh kanak-kanak tersebut yang dilihat sedang tersenyum. Lapan tawanan itu kemudiannya dipaksa tunduk sebelum anggota IS bertopeng melaksanakan hukuman tersebut, lapor Mail Online.

 Seorang anggota militan kemudiannya menyampaikan ucapan dengan menyifatkan kempen ketenteraan terhadap mereka hanya menjadikan kumpulan itu lebih kuat. Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria mengesahkan video itu adalah tulen, meskipun belum mendapat kesahihan bebas pihak lain.sumber

SATU UMAT : Entah ye entah tidak.....

No comments: