Wednesday, March 11, 2015

Tentera IRAQ Kuasai Bandar Berhampiran Tikrit

 

BAGHDAD: Pasukan keselamatan Iraq menawan semula bandar berhampiran Tikrit yang dikuasai militan ketika mereka meningkatkan tekanan terhadap kumpulan IS, menurut pegawai tentera.

Tentera Iraq memasuki Alam awal hari ini dan beberapa jam kemudian menguasai bandar itu.

Pertempuran untuk menguasai bandar kelahiran Saddam Hussein itu adalah ujian utama kepada tentera Iraq ketika mereka cuba menawan semula antara kubu kuat kumpulan IS di Iraq,

Ahmed al-Karim, ketua majlis wilayah Salahuddin, memberitahu AP kemaraan pihak tentera agak perlahan berikutan serangan penembak tepat dan bom tepi jalan.

Tikrit, ibu negeri wilayah Salahuddin yang terletak kira-kira 130 kilometer ke utara Baghdad, jatuh ke tangan kumpulan IS pada musim panas tahun lalu, bersama bandaraya kedua terbesar Iraq, Mosul, dan beberapa kawasan lain di wilayah masyarakat sunnah. - AP sumber

No comments: