Thursday, March 19, 2015

TUNISIA - 17 Pelancong Asing Maut dalam Serangan di Muzium



TUNIS: Kumpulan lelaki bersenjata dan beruniform tentera menyerbu masuk ke muzium nasional Tunisia semalam, menyebabkan 17 pelancong asing dan dua rakyat Tunisia terbunuh.

Mereka yang terbunuh ialah lima warga Jepun, Itali (4), Colombia (2) dan masing-masing seorang rakyat Australia, Perancis, Poland dan Sepanyol.

Serangan berlaku pada tengah hari di Muzium Bardo yang terletak di dalam pekarangan Parlimen di tengah ibu negara Tunisia yang dikawal ketat.

Serangan yang dianggap terburuk sejak Kebangkitan Revolusi Arab itu disahkan oleh Perdana Menteri Tunisia, Habib Essid. Beliau membetulkan angka kematian awal 21 orang kepada 17 orang hari ini.

"Mereka terus menembak ke arah pelancong sebaik keluar dari pintu bas. Saya sendiri tidak dapat melihat apa-apa kecuali darah dan mereka yang terkorban," kata seorang pemandu bas persiaran memberitahu wartawan di tempat kejadian.

Kumpulan pelawat dan pelancong lain di muzium kemudian dijadikan tebusan di dalam muzium, demikian menurut seorang pegawai.



Pihak keselamatan menggempur masuk ke muzium dua jam kemudian dan membunuh dua militan dan membebaskan tebusan, demikian menurut jurucakap kerajaan.

Seorang pegawai polis dilaporkan maut dalam operasi berkenaan. - Reuters sumber

No comments: