Wednesday, April 8, 2015

121 Rakyat MALAYSIA Tiba dari YAMAN

 

KUALA LUMPUR: Seramai 14 lagi rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Yaman selamat tiba di tanah air dengan Penerbangan Qatar Airways QR852 yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang, jam 8.50 malam tadi, mengikut seorang jurucakap Kementerian Luar.
Jurucakap itu berkata mereka berlepas dari Doha.

Ini menjadikan seramai 121 orang rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Yaman selamat tiba di tanah air, berikutan pergolakan di negara itu.

Mereka tiba menerusi empat penerbangan hari ini.
Seramai 107 orang tiba menerusi tiga penerbangan lebih awal.

Pesawat Penerbangan Malaysia MH151, mendarat pada 11.58 pagi dan membawa 49 orang; penerbangan Sri Lankan Airlines UL314 mendarat pada jam 2.05 petang (17 orang) dan penerbangan Emirates EK346 mendarat pada jam 3 petang (41 orang).

Katanya, penerbangan MH151 yang akan membawa 27 orang rakyat Malaysia dijangka tiba di KLIA pada jam 11 pagi sementara penerbangan SV832 yang membawa lima rakyat Malaysia dijangka tiba pada jam 1 tengah hari. - BERNAMA   sumber
"Hari ini 32 lagi rakyat Malaysia dijangka dibawa pulang ke Malaysia menerusi dua penerbangan iaitu MH151 dan Saudi Airlines SV832," katanya ketika dihubungi BERNAMA malam ini. sumber

No comments: