Monday, April 13, 2015

AUSTRALIA - IS Dikatakan Godam Laman Lapangan Terbang

SYDNEY: Laman web satu lapangan terbang Australia ditutup sementara hari ini selepas diambil alih oleh penggodam pro-IS yang menyiarkan mesej menyokong kumpulan militan itu.

Polis menyatakan penggodam menyasarkan hos laman web yang digunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Hobart di Tasmania, bukannya kemudahan itu secara langsung.

"Satu mesej yang diletakkan di laman web itu mengandungi kenyataan menyokong ISIS," menurut polis Tasmania dalam satu kenyataan, menggunakan kependekan lain untuk kumpulan militan itu. Pihak berkuasa menyatakan mesej serupa diletakkan di beberapa laman web di seluruh dunia sejak akhir tahun lalu. - AFP sumber

No comments: