Friday, April 10, 2015

BANGLADESH - Bas Masuk Sungai, 24 Maut 22 Cedera

DHAKA: Sekurang-kurangnya 24 terbunuh dan lebih 22 orang lagi cedera apabila sebuah bas penumpang terjunam ke dalam sungai di Faridpur, Bangladesh, hari ini.

Jurucakap polis berkata, bas hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sungai dengan 15 penumpang terbunuh di tempat kejadian manakala sembilan lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital tempatan.

Bangladesh adalah negara yang mempunyai kadar kematian akibat kemalangan jalan raya tertinggi di dunia disebabkan pembinaan jalan raya yang kurang bermutu, kenderaan tidak diselenggarakan dengan baik, melanggar peraturan lalu lintas dan pemantauan yang lemah oleh pihak berkuasa.

Satu kajian oleh Pusat Penyelidikan Kemalangan, Universiti Teknologi Kejuruteraan Bangladesh menunjukkan 12000 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Bangladesh setiap tahun. - BERNAMA sumber

No comments: