Wednesday, April 29, 2015

Cuti Umum 6 Mei Sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak

IPOH 29 April - Kerajaan Negeri Perak mengumumkan cuti umum pada 6 Mei bersempena istiadat pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak XXXV (ke-35). Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

"Berhubung upacara pertabalan nanti, hanya akan diumumkan oleh Tan Sri Bendahara (Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin)," katanya kepada pemberita. Istiadat 'Tabal Adat' pada 6 Mei akan menyaksikan dua perkara utama iaitu pengisytiharan pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak disusuli dengan pemasyhuran gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak. Kedua-dua pemasyhuran itu akan dilakukan oleh Mohd Zahidi dengan melaungkan 'Daulat Tuanku' bagi Sultan Nazrin dan 'Daulat' untuk Tuanku Zara Salim sebanyak tiga kali.- BERNAMA -sumber

No comments: