Friday, April 17, 2015

INDONESIA Larang Jualan Arak

gambar merakamkan sebuah restoran di Jakarta mempamerkan iklan

JAKARTA 16 April - Kerajaan Indonesia menguatkuasakan larangan penjualan minuman alkohol di kedai dan pasar raya bermula hari ini, tindakan terbaharu republik itu bagi mengekang gejala meminum arak secara berleluasa, khususnya dalam kalangan umat Islam. Larangan berkenaan melibatkan pengharaman jualan bir dan minuman campuran alkohol, termasuk minuman ringan di semua pasar raya besar, 16,000 pasar raya mini dan 55,000 kedai runcit kecil. Bagaimanapun pihak hotel, restoran dan kelab malam masih dibenarkan menjual minuman tersebut.

Larangan itu menunjukkan usaha kerajaan mengekang pengambilan minuman beralkohol di negara yang majoritinya penduduk Islam, walaupun langkah tersebut mendapat tentangan daripada syarikat arak dan industri pelancongan. Kementerian Perdagangan dalam kenyataannya berkata, tindakan tegas itu perlu ekoran gejala minum arak dalam kalangan individu bawah umur yang semakin berleluasa, selain kandungan alkohol yang boleh menjejaskan tahap kesihatan dan moral.

Pengasas Pergerakan Anti-Alkohol Kebangsaan, Fahira Idris berkata, alkohol diibaratkan sebagai mesin yang boleh membunuh golongan belia. “Anggota sukarelawan kami sering melihat golongan bawah umur membeli alkohol dengan mudah di pasar raya mini,” katanya. – AFP

SATU UMAT : Tahniah kepada Indonesia atas langkah yang sangat bermanfaat ini.

No comments: