Tuesday, April 21, 2015

IRAQ - 90,000 Penduduk Baghdad Larikan Diri

BAGHDAD 20 April- Lebih 90,000 penduduk melarikan diri dalam pertempuran antara tentera pro-kerajaan dan militan Negara Islam (IS) di kawasan Ramadi di wilayah Anbar, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

PBB dalam satu kenyataan berkata, bantuan kemanusiaan dikerah bagi menyediakan bantuan kepada lebih 90,000 penduduk yang melarikan diri di wilayah Anbar.

“Keutamaan kami adalah untuk memberikan bantuan menyelamatkan nyawa kepada penduduk yang melarikan diri dan juga menyampaikan makanan, sumber air, dan penginapan merupakan antara yang penting dalam bantuan tersebut,” ujar penyelaras kemanusiaan untuk PBB di Iraq, Lise Grande.

Kira-kira 2.7 juta penduduk kehilangan tempat tinggal di Iraq sejak awal tahun lalu termasuk hampir separuh juta dari wilayah barat di Anbar. - AFP  sumber

No comments: