Friday, April 17, 2015

IRAQ - IS Tawan 3 Kampung di Ramadi



BAGHDAD: Kumpulan IS melancarkan serangan di wilayah Anbar di barat Iraq, sekali gus menawan tiga perkampungan berhampiran ibu negeri Ramadi. Serangan itu dilancarkan selepas IS mengalami kekalahan awal bulan ini apabila tentera Iraq menawan semula Tikrit, bandar kelahiran Saddam Hussein.

Pertempuran itu turut mengancam Ramadi yang terletak 115 kilometer ke barat Baghdad. Hampir sedekad lalu, Ramadi adalah antara kubu kuat kumpulan penentang susulan pencerobohan Iraq yang diketuai Amerika Syarikat. Ia kini dikuasai tentera kerajaan walaupun beberapa kumpulan militan menguasai beberapa bahagian lain.

Dalam serangan sebelum fajar itu, anggota IS menawan perkampungan Sjariyah, Albu-Ghanim dan Soufiya yang sebelum ini dikuasai kerajaan. Pertempuran juga berlaku di bahagian sempadan timur Ramadi, kira-kira dua kilometer dari bangunan kerajaan. - AP sumber

No comments: