Thursday, April 2, 2015

IRAQ - Tentera Berjaya Tawan Tikrit

Sekumpulan sukarelawan daripada Unit Bergerak Popular, meraikan

BAGHDAD 1 April – Pasukan keselamatan Iraq dan tentera bersekutu, akhirnya berjaya menawan kembali bandar Tikrit daripada cengkaman militan Negara Islam (IS) selepas bertempur selama sebulan, sekali gus menjadi kemenangan terbesar menentang kumpulan pelampau itu.

Operasi menawan semula kampung halaman bekas Pre­siden Iraq, Saddam Hussein bermula pada 2 Mac lalu itu dengan sokongan serangan udara tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) pada 25 Mac. Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi melalui laman sosial Twiiter, mengumumkan kebebasan Tikrit dan mengucapkan tahniah kepada pasukan tentera Iraq serta kumpulan sukarelawan bagi mencapai kejayaan tersebut.

Jurucakap beliau, Rafid Jaboori berkata, tentera Iraq telah memasuki pusat bandar Tikrit untuk mengibarkan bendera Iraq dan memastikan tahap keselamatan kawasan itu terjamin daripada ancaman IS. Tentera Iraq juga menawan semula beberapa ibu pejabat kerajaan dalam tempoh 48 jam lepas apabila menggantikan bendera IS dengan bendera kebangsaan.

 Sumber tentera melaporkan, sejak operasi merampas semula bandar itu dilancarkan, militan IS memasang beribu-ribu unit jerangkap samar di jalanan, rumah, dan terowong sebagai pertahanan terakhir mereka. Bagaimanapun tidak maklumat diberikan tentang jumlah kematian, kecederaan atau tawanan sejak operasi itu dijalankan.

 Sementara itu, beribu-ribu penduduk yang kebanyakannya dipindahkan ke wilayah Salaheddin, mula pulang ke rumah ma­sing-masing selepas Tikrit dikuasai semula kerajaan. Menteri Pertahanan Iraq, Khaled al-Obeidi dalam pada itu berkata, perbincangan bersama komander tertinggi tentera telah diadakan bagi melancarkan operasi menawan semula wilayah Nineveh. “Kejayaan di Tikrit merupakan satu permulaan sebelum kita meneruskan operasi ketenteraan bagi membebaskan Nineveh,” katanya. – AFP sumber

No comments: