Friday, April 3, 2015

IS Serang Sinai, 15 Askar Maut, 19 Cedera

SINAI 2 April – Sebanyak 15 anggota tentera maut dan 19 yang lain cedera dalam satu serangan yang dilakukan kumpulan militan Negara Islam (IS) ke atas sebuah pusat pemeriksaan tentera di wilayah bergolak di utara Mesir, di sini hari ini.

Pegawai keselamatan berkata, anggota kumpulan militan IS itu juga berjaya merampas dua buah kereta kebal serta menyebabkan tiga orang awam terkorban. Katanya, IS turut melancarkan empat serangan lain ke atas beberapa pusat pemeriksaan tentera yang mengorbankan tiga orang awam dan mencederakan 13 yang lain.

Empat serangan itu bertujuan mengalihkan perhatian daripada serangan utama di selatan pusat pemeriksaan di bandar Sheikh Zuweid, kata mereka. Pegawai berkata, militan IS turut menjadikan beberapa orang askar sebagai tebusan apabila mereka merampas dua kereta perisai sebelum melarikan diri. Namun, militan gagal merampas kereta kebal Abrams buatan AS kerana anggota keselamatan berjaya memintas kenderaan itu di pusat pemeriksaan berhampiran, kata mereka. – AFP -sumber

No comments: