Wednesday, April 8, 2015

ISIS Culik 300 Kurdish



BEIRUT: Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dilaporkan menculik sekurang-kurangnya 300 orang awam Syria berbangsa Kurdish di sebuah pusat pemeriksaan sempadan di barat laut Syria.
Laporan dari pemimpin bangsa Kurdish berkata, mereka yang diculik itu dalam perjalanan dari Afrin ke bandar berhampiran Aleppo untuk berpindah dan mencari pekerjaan berikutan kesukaran mendapatkan pekerjaan di Afrin.

Seorang wartawan dari Afrin turut mengesahkan penculikan ini dengan mengatakan bahawa militan ISIS menculik lelaki dan kanak-kanak dalam kumpulan itu tetapi membebaskan kaum wanita. - AFP sumber

No comments: