Thursday, April 9, 2015

KANADA Sertai Serangan ke atas IS di SYRIA



OTTAWA: Kanada melancarkan serangan udara sulungnya ke atas Syria hari ini sekali gus melebarkan komitmennya dalam membantu tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) memerangi militan Negara Islam (IS).

Jurucakap tentera Kanada berkata, dua pesawat pejuang F-18 dengan kemudahan bom kawalan jauh, menggempur lokasi IS berdekatan bandar Raqqa, sebelum berpatah semula ke pangkalan.
Sebelum ini, serangan tentera udara Kanada hanya terhad di wilayah Iraq sahaja. - AFP sumber

No comments: