Tuesday, April 28, 2015

KAZAKHSTAN - Nursultan Terus Berkuasa

ASTANA: Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev, memenangi pilihan raya untuk penggal baharu pemerintahan negara Asia Tengah itu, menurut Suruhanjaya Pilihanraya Pusat (CEC).

Menurut ketua CEC, Kuandyk Turgankulov, Nazarbayev, 74, yang memerintah negara yang kaya dengan minyak itu sejak 1989, menang 97.7 peratus daripada undi. Bilangan keluar mengundi ialah 95.22 peratus.
Nazarbayev hampir tidak ditentang kerana tiada pemimpin pembangkang utama yang bertanding.
Dua lawan beliau hanyalah seorang pegawai Parti Komunis dan bekas gabenor wilayah.

Nazarbayev sudah melakukan reformasi pasaran dan menarik pelaburan asing berjumlah AS$200 bilion serta menukar negara padang rumput itu kepada ekonomi kedua terbesar di bekas Kesatuan Soviet itu selain pengeluar minyak kedua terbesar selepas Russia.

Nazarbayev, bekas ketua Parti Komunis, memenangi 96 peratus undi pada pilihan raya lalu pada April 2011 - Reuters sumber

No comments: