Tuesday, April 21, 2015

LIBYA - Kedutaan SEPANYOL Bergegar

TRIPOLI: Satu letupan bom menggegarkan pekarangan Kedutaan Sepanyol di ibu negara Libya malam tadi namun tiada kecederaan dilaporkan.

Kumpulan Negara Islam (IS) kemudian mengaku bertanggungjawab dalam serangan berkenaan.
"Kumpulan IS merancang dan meledakkan letupan berdekatan dinding pagar Kedutaan Sepanyol di Tripoli yang turut merosakkan beberapa bangunan bersebelahan," lapor agensi berita rasmi tempatan, Issam Naas.
Beberapa laman web yang berkaitan cawangan IS di Libya mengaku bertanggungjawab atas serangan itu menerusi Twitter. - AFP sumber

No comments: