Wednesday, April 1, 2015

MALAYSIA - Anwar Hilang Kelayakan Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR 1 April – Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan pada 16 Mac lalu.

Hilang kelayakan itu berkuat kuasa serta-merta dengan penolakan petisyen pengampunan tersebut, sejajar dengan peruntukan Artikel 48 (4) (c) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia yang menghalang Anwar daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat turut ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini. sumber

No comments: