Tuesday, April 21, 2015

MESIR - 2 Kanak2, 3 Askar Maut dalam Serangan di Sinai

KAHERAH: Dua kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam serangan mortar di Semenanjung Sinai, sempadan Mesir, beberapa jam selepas serangan bom yang mengorbankan tiga askar.
Serangan mortar dilaporkan berlaku di kawasan penempatan di Bandar Sheikh Zuweid di utara Sinai, lewat semalam.

Pasukan perubatan Mesir berkata, dua kanak-kanak lelaki berkenaan terbunuh di tempat kejadian.
Terdahulu, serangan bom di tepi jalan raya terhadap sebuah kenderaan tentera berlaku di Rafah, sempadan Gaza menyebabkan seorang pegawai dan dua anggota tentera maut. - AFP sumber

No comments: